Page 19 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 19
Laporan Naib Canselor
memperoleh keputusan Audit Bersih untuk enam (6) kali berturut-turut daripada Lloyd's
Register Quality Assurance (LRQA) bagi pelaksanaan Audit Pengawasan 2 dan 3 untuk Sistem
Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 di seluruh kampus. Pencapaian ini juga disusuli
pula dengan kejayaan UPNM mengekalkan penarafan Lima Bintang bagi pencapaian data kualiti
sistem MyMohes (Sistem Pengumpulan Data Universiti Awam) sebanyak tujuh (7) kali berturut-
turut dan antara kedudukan tertinggi Universiti Awam yang mendapat markah 100%.
Sebagai sebuah gedung ilmu yang dibarisi para sarjana yang tinggi daya intelektualnya, UPNM
memegang status sebagai pelantar pendidikan yang membawa amanah untuk memastikan
keunggulan akademik dan tradisi keintelektualan sentiasa kekal lestari. Justeru itu, komitmen yang
tidak berbelah bahagi terhadap usaha peningkatan kecemerlangan akademik diteruskan dengan
pendekatan holistik. Bagi mengekalkan tradisi keintelektualan dan percambahan pemikiran,
pelbagai siri webinar perkongsian pengetahuan telah dilaksanakan oleh para pensyarah UPNM
sepanjang tahun 2023 yang turut melibatkan barisan akademia daripada rakan-rakan IPT. Sejajar
menerusi aspirasi UPNM dalam memperkukuhkan aspek kualiti pengajaran dan pembelajaran,
pengukuhan agenda pendigitalan dengan pencapaian cemerlang warga UPNM dengan peratusan
100% menerusi Program Celik Digital, serta menyahut aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi
dalam memperkasakan pengajian sepanjang hayat dengan lebih sistematik dan inklusif.
PENGUKUHAN DAYA PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Kluster Penyelidikan telah diwujudkan. Penubuhan kluster ini menawarkan penemuan terbaharu
dan penyelesaian terkini dalam pelbagai bidang. Penekanan terhadap bidang penyelidikan
diperkukuhkan dengan penubuhan pusat-pusat kecemerlangan di pelbagai pusat pengajian.
Pengajaran, penyelidikan, penerbitan, inovasi.
Bermula Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi telah
mencapai sebanyak 331 penerbitan berindeks Scopus dan Web of Science (WoS), 54 prosiding
berindeks, 25 bab dalam buku, 15 buku hasil penyelidikan dan 112 penerbitan lain- lain. Sitasi bagi
5 tahun penerbitan terkini adalah sebanyak 14,124.
Penghasilan modal insan pelajar pascasiswazah yang masih aktif seramai 111 orang, manakala
penyelidik aktif adalah seramai 182 orang. Permohonan geran baharu telah berjaya diperolehi
oleh penyelidik adalah berjumlah RM 3,311,224.34 hasil daripada 95 projek baharu yang telah
diluluskan.
Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, penyelidik telah berjaya menghasilkan 2 paten, 16
hak cipta, 1 cap dagang, 1 reka bentuk industri, dan 1 utiliti inovasi bagi tujuan pengkomersialan
yang telah difailkan pada tahun 2023. Namu begitu, terdapat 15 paten dan 3 utiliti inovasi yang
telah difailkan pada tahun-tahun sebelum ini telah mendapat status granted pada tahun 2023.
Sehingga Disember 2023 Bahagian Penyelidikan dan Inovasi telah berjaya memperolehi 3
anugerah khas, 22 pingat emas, 16 pingat perak dan 19 pingat perak hasil daripada menyertai
pameran seperti Creation , Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX), Malaysia
Technology Expo (MTE), Malaysia Productivity Corporation (MPC), Konvensyen Kebangsaaan
Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC), Carnival of Research and Innovation (CRI) dan
International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) serta lain-lain pameran.
CITRA MAHASISWA HOLISTIK
Universiti juga amat berbesar hati dengan penglibatan 40 orang pelajar terlibat untuk bacaan
ikrar Rukun Negara bersama 110 Pegawai Kadet membawa Jalur Gemilang dalam upacara
Bacaan Ikrar Rukun Negara pada Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya pada
31 Ogos 2023.
Laporan Tahunan 2023 19
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia