Page 209 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 209

UPNM Prihatin

                 31 Mac - 1 April 2023 | Mesra Gelandangan di Kawasan Perbandaran Kuala Lumpur

                 Seramai  40  orang  sukarelawan  dari  Kelab  Peers  Leaders  UPNM,  Food  For  Gelandangan
                 (FFG), KafeTEEN dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah
                 menyantuni kehidupan gelandangan dan miskin bandar di sekitar perbandaran Kuala Lumpur
                 dalam misi “Mesra Gelandangan” .

                 Pelbagai  aktiviti  telah  dilaksanakan  dengan  jayanya  di  tiga  hentian  dalam  misi  “Mesra
                 Gelandangan”, iaitu bermula di Jalan Silang, Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku dan
                 berakhir  di  Jalan  Belia.  Antara  aktiviti  yang  dilaksanakan  sepanjang  program  ini  termasuklah
                 pengagihan barangan sumbangan iaitu kurma, sabun mandi, listerine dan pisau cukur. Selain
                 itu,  turut  diadakan  perkongsian  pengalaman  hidup  golongan  gelandangan  di  Pusat  Khidmat
                 Gelandangan  Medan  Tuanku  bagi  meningkatkan  kesedaran  para  sukarelawan  akan  erti
                 kesyukuran dan simpati. Hentian terakhir bagi misi ini ialah di Jalan Belia bagi menyantuni miskin
                 bandar. Sebanyak 18 pek barangan keluarga yang mengandungi tepung gandum, bihun, gula,
                 biskut dan sabun pinggan telah disumbangan oleh ahli Kelab Peers Leaders UPNM.
                 Antara aktiviti lain yang diadakan termasuklah permainan bersama kanak-kanak seperti Siapa
                 Saya, Membentuk Belon, Teka Haiwan dan Masukkan Bola Ping Pong dalam Cawan, manakala
                 remaja perempuan didedahkan dengan penjagaan kebersihan diri dan cara menguruskan haid
                 yang dikendalikan oleh pihak KafeTEEN.
                 Menurut Ahmad Syahir, Pengarah Program dari Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
                 UPNM,  beliau  menyatakan  program  seumpama  ini  dapat  membantu  meringankan  beban
                 golongan gelandangan dan miskin bandar dalam meneruskan kehidupan seharian. Tambahan
                 pula,  program  ini  dapat  memberi  kesedaran  bahawa  setiap  masyarakat  berperanan  dalam
                 memastikan kesejahteraan masyarakat yang lain dan akhirnya membentuk sifat prihatin.














































                                                                                         Laporan Tahunan 2023  209
                                                                                        Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214