Page 206 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 206
UPNM Prihatin
8 Mac 2023 | Misi Bantuan Pasca Banjir UPNM ke Johor
Menggamit kesusahan dan rasa ihsaniah kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan
bantuan dan sokongan, seramai 43 orang sukarelawan UPNM terdiri daripada lapan (8) orang
staf dan 35 orang pelajar telah bersama dalam Misi Bantuan Pasca Banjir Johor 2023. Misi ini
diketuai oleh Encik Rizal bin Abu Bakar, Penolong Pendaftar, JHEPA.
Program pembersihan rumah-rumah dan bangunan terkesan banjir telah dilaksanakan di Kg.
Simpang Lima Darat dan Parit Bunga, Ledang, Johor. Sebanyak enam (6) buah rumah, sebuah
perpustakaan dan pondok bas sekolah telah berjaya dibersihkan, dicuci dan dikemas sepanjang
misi berlangsung.
Program pasca banjir ini turut dibantu oleh MAKSUM, Pejabat ADUN Gambir, Ketua Kampung
Simpang Lima Darat dan penduduk setempat. Semoga amal bakti yang diterajui oleh sukarelawan
UPNM menjadi pemangkin kepada warga Malaysia untuk turut serta mencurahkan tenaga dan
memberi bantuan keperluan demi kebaikan dan keharmonian bersama.
Laporan Tahunan 2023
206 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia