Page 207 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 207

UPNM Prihatin





















































                 11-12 Mac 2023 | Misi Bantuan Pasca Banjir UPNM ke Johor
                 Memahami dan menjiwai keperitan serta rasa mawaddah kepada mangsa-mangsa banjir yang
                 memerlukan bantuan dan sokongan, seramai 90 orang sukarelawan UPNM terdiri daripada 20
                 orang staf, 35 orang pelajar dan 35 orang PALAPES UPNM telah bersama dalam Misi Bantuan
                 Pasca Banjir Johor 2023. Program pembersihan rumah-rumah terkesan banjir telah dilaksanakan
                 di Daerah Segamat dan Daerah Kota Tinggi, Johor.
                 YBhg. Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM turut turun padang dan menyantuni
                 penduduk terjejas banjir di Felda Medoi, Segamat. Beliau berkesempatan mengunjungi warga
                 felda dan menyerahkan 100 Bakul Rahmah KPT-UPNM kepada Ketua Kampung untuk diagihkan
                 kepada mangsa terjejas.
                 Sementara  itu  di  Pusat  Khidmat  Parlimen  Kota  Tinggi,  Johor,  YBhg.  Naib  Canselor  turut
                 menyampaikan Penyerahan 100 Bakul Rahmah KPT-UPNM kepada En. Mohamad Aidil, Pegawai
                 Pejabat Khidmat Parlimen Kota Tinggi.












                                                                                         Laporan Tahunan 2023  207
                                                                                        Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212