Page 205 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 205

UPNM Prihatin

                 23 Februari 2023 | Program SUKMAR di Perkampungan Orang Asli di Bera, Pahang

                 Seramai  40  orang  sukarelawan  Angkatan  Mahasiswa  Anti  Rasuah  (AMAR)  UPNM  dengan
                 kerjasama  JHEPA  UPNM,  Suruhanjaya  Pencegahan  Rasuah  (SPRM)  Kuala  Lumpur,  Jabatan
                 Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) menyelami kehidupan
                 masyarakat Orang Asli Semelai di Bera, Pahang dalam program “Taburan Jasa & Semaikan Budi”
                 Sukarelawan Mahasiswa UPNM.
                 Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuklah program gotong-royong pembersihan Balai Adat
                 dan kawasan sekitarnya di samping penyerahan sumbangan kipas bagi keselesaan masyarakat
                 setempat. Selain itu, turut diadakan pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma oleh
                 sukarelawan BSMM. Komuniti orang asli juga diberi taklimat mengenai kesedaran mengesan
                 pelbagai  penyakit  di  peringkat  awal  dan  kepentingan  menjaga  kesihatan  serta  pengurusan
                 rawatan yang lebih baik.
                 Sementara  itu,  dalam  pertandingan  mewarna  dan  sukaneka,  ramai  remaja  dan  kanak-kanak
                 orang asli mengambil bahagian. Menurut Satini Lim, Pengarah Program dari Fakulti Sains dan
                 Teknologi Pertahanan UPNM, beliau menyatakan program ini dapat mendedahkan mahasiswa
                 tentang budaya dan adat resam masyarakat orang asli. Beliau menambah dengan libatsama
                 komuniti  ini,  para  mahasiswa  dapat  memperkasakan  sifat  kepimpinan,  kesukarelawanan  dan
                 sekali gus membentuk sahsiah mahasiswa madani.
                 Turut hadir termasuklah Prof. Madya Kapt Ahmad Zaidi bin Sulaiman (Bersara), Pengarah Kanan
                 JHEPA, Tn Hj Anuar Syamsi bin Hj Md Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif UPNM Holdings dan
                 Pensyarah FPPP.
                 Bagi  anak  penduduk  di  sini,  Mohamed,  15,  beliau  berasa  sangat  gembira  dan  teruja  dengan
                 aktiviti  yang  dijalankan  sepanjang  program.  Bahkan  beliau  bercita-cita  untuk  melanjutkan
                 pelajaran ke menara gading dan berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan
                 datang bagi memastikan golongan orang asli ini tidak terpinggir. Program ini berakhir dengan
                 penyerahan sumbangan barangan keperluan makanan dan pakaian kepada lebih 60 keluarga di
                 perkampungan orang asli serta penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna
                 dan sukaneka.
                 Turut hadir sama adalah Encik Mohamad Razif bin Roslan, Pegawai JAKOA Daerah Bera dan
                 Encik  Muhammad  Hazman  Hussin,  Pegawai  Psikologi  JHEPA  UPNM  yang  juga  merupakan
                 penyelaras program.































                                                                                         Laporan Tahunan 2023  205
                                                                                        Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210