Page 293 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 293

Prestasi Kewangan

                                                                                     PRESTASI KEWANGAN


              LAPORAN KEWANGAN 2022

              Pada tahun 2022, peruntukan asal yang telah diluluskan untuk UPNM bagi mengurus adalah
              sebanyak RM100,353,000 meliputi RM85,792,500 (85.5%) untuk emolumen dan RM14,560,500
              (14.5%) untuk bekalan dan perkhidmatan.

              Walaubagaimanapun, UPNM telah diluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM16,105,900 dan
              telah menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan mengurus UPNM bagi tahun 2022 sebanyak
              RM116,458,900.
              UPNM telah membelanjakan keseluruhan peruntukan yang diterima pada tahun 2022 berdasarkan
              keperluan operasi universiti. Peruntukan Mengurus yang tidak mencukupi telah ditampung oleh
              Kumpulan Wang Rizab Universiti.
              PENDAPATAN MENGURUS

              Pendapatan  mengurus  UPNM  bagi  tahun  2022  adalah  sebanyak  RM134,521,179.  Daripada
              keseluruhan  pendapatan  tersebut,  sebanyak  RM116,458,900  (86.6%)  merupakan  pemberian
              Kerajaan. Pendapatan yang dijana sendiri oleh UPNM adalah terdiri daripada yuran pengajian
              sebanyak  RM13,048,432  (9.7%),  Keuntungan  pelaburan  sebanyak  RM2,061,685  (1.5%)  dan
              pendapatan lain-lain sebanyak RM2,952,162 (2.2%). Rajah 1 menunjukan pecahan pendapatan
              mengurus bagi tahun 2022.

               Rajah 1:    Pecahan Pendapatan Mengurus Bagi Tahun 2022
















































                292   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   288   289   290   291   292   293   294   295   296   297   298