Page 291 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 291
Pembelajaran Sepanjang Hayat
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA) ANTARA
KEMENTERIAN PERTAHANAN DENGAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL
MALAYSIA
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara Kementerian Pertahanan dengan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah pun diadakan pada 19 Disember 2022 untuk
memeterai persetujuan antara kedua-dua belah pihak bagi melaksanakan program akademik
antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Program Diploma Pascasiswazah mula ditawarkan pada tahun 2018 dan akan diteruskan mulai
tahun 2022 sehingga 2027.
Majlis menandatangani MOA dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua
Setiausaha Kementerian Pertahanan selaku wakil dari pihak Kementerian Pertahanan yang
disaksikan oleh Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Komandan
Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT). Seterusnya Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk
Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang
disaksikan oleh Yang Berusaha Leftenan Kolonel Profesor Madya Ariffin bin Ismail (Bersara)
selaku wakil daripada pihak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain -
Presiden PUSPHANAS, Brigedier Jeneral Hajjah Fadzillah binti Haji Abdullah TUDM - Ketua
Pengarah Cawangan Latihan Pertahanan, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Para Pegawai
Pengurusan Tertinggi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Tim Delegasi Maktab Turus
Angkatan Tentera bagi mengimarakkan majlis.
290 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia