Page 296 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 296
Prestasi Kewangan
Rajah 4: Perbandingan Perbelanjaan Mengurus bagi tahun 2022 dan 2021
Rajah 4 di atas menunjukan trend perbelanjaan mengurus bagi tahun 2022 dan 2021. Perbelanjaan
mengurus yang tertinggi adalah emolumen diikuti oleh perkhidmatan dan bekalan, susutnilai,
perbelanjaan lain dan pemberian dan kenaan tetap.
Rajah 5: Prestasi Keseluruhan Peruntukan Mengurus bagi tahun 2022 dan 2021
Rajah 5 menunjukan prestasi keseluruhan peruntukan mengurus bagi tahun 2022 dan 2021.
Pada tahun 2022 dan 2021, UPNM mencatatkan jumlah perbelanjaan mengurus lebih tinggi
berbanding jumlah pendapatan mengurus. Ini menyebabkan UPNM mencatatkan kurangan
bersih sebanyak RM6,682,065 bagi tahun 2022 dan kurangan bersih sebanyak RM4,471,985 pada
tahun 2021. Jumlah ini merupakan peningkatan defisit sebanyak RM2,210,080 (49.4%). Perkara ini
berikutan jumlah perbelanjaan operasi UPNM yang semakin meningkat. Lebihan perbelanjaan
mengurus ini telah ditampung oleh sumber dalaman UPNM sendiri.
LAPORAN TAHUNAN 2022 295
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia