Page 297 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 297
Prestasi Kewangan
ASET DAN TANGGUNGAN
Jumlah aset bukan semasa UPNM pada tahun 2022 adalah sebanyak RM187,255,275 berbanding
dengan RM190,557,871 pada tahun 2021. Ini merupakan penurunan sebanyak RM3,302,596
(1.7%). Ini disebabkan oleh tiada pertambahan yang ketara dalam pembelian hartanah, loji dan
peralatan dan aset tak ketara serta nilai buku aset telah mencapai pelunasan penuh.
Jumlah aset semasa UPNM pada tahun 2022 adalah sebanyak RM90,924,209 berbanding dengan
RM105,917,838 pada tahun 2021. Ini merupakan penurunan sebanyak RM14,993,629 (14.2%). Ini
disebabkan oleh penurunan dalam tunai dan simpanan tetap sebanyak RM11.8juta dan urus
niaga bukan pertukaran belum terima dan lain-lain belum terima sebanyak RM3.1juta
Jumlah liabiliti bukan semasa UPNM adalah berjumlah RM3,455,682 pada tahun 2022 berbanding
dengan RM2,343,756 pada tahun 2021. Ia mencatatkan peningkatan sebanyak RM1,111,926 (47.4%).
Ini disebabkan oleh penambahan dalam peruntukan manfaat kakitangan.
Jumlah liabiliti semasa UPNM pada tahun 2022 adalah sebanyak RM53,082,956 berbanding
RM66,886,125 pada tahun 2021. Hal ini merupakan penurunan sebanyak RM13,803,169
(20.6%). Ini disebabkan oleh penurunan geran tertunda sebanyak RM13.3juta, cagaran dan
pertaruhan sebanyak RM0.2juta dan peruntukan manfaat kakitangan sebanyak RM0.6juta.
Walaubagaimanapun terdapat peningkatan dalam urus niaga pertukaran belum bayar sebanyak
RM0.1juta dan lain-lain belum bayar sebanyak RM0.2juta.
UPNM mempunyai aset bersih sebanyak RM221,640,846 pada tahun 2022 berbanding sebanyak
RM227,245,828 pada tahun 2021. Ia merupakan penurunan sebanyak RM5,604,982 (2.5%).
Perbandingan komposisi aset bagi tahun 2022 dan 2021 dapat dilihat seperti dalam Rajah 6.
Rajah 6: Perbandingan Komposisi Jumlah Aset bagi tahun 2022 dan 2021
Berdasarkan kepada Rajah 6, nilai aset bukan semasa iaitu hartanah, loji dan peralatan dan
aset tak ketara adalah komposisi yang tertinggi dalam jumlah aset UPNM dan diikuti dengan
simpanan tetap dan lain-lain. Ia adalah selari dengan hasrat Universiti untuk meningkatkan
prasarana kampus dan melengkapkan peralatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan
persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan di universiti.
PENUTUP
Secara keseluruhan, prestasi kewangan UPNM bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31
Disember 2022 berada dalam keadaan baik berasaskan kepada indikator kewangan yang
menunjukkan nilai Aset Bersih di dalam Penyata Kedudukan Kewangan. UPNM telah berjaya
mengekalkan status sijil audit bersih daripada Jabatan Audit Negara (JAN) bagi Penyata
Kewangan tahun 2022 semenjak tahun 2007.
296 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia