Page 288 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 288

Pembelajaran Sepanjang Hayat


                 Kaedah Pengajian               :  Kerja kursus seperti kuliah, makmal, latihan amali, kerja
                                                  individu, kerja berkumpulan, pembentangan, penulisan
                                                  laporan, latihan industri, ujian dan peperiksaan.
                 Tenaga Pengajar                :  UPNM dan TLDM
                 Pusat Penyelarasan             :  Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) dan Fakulti
                                                  Bekalan dan Pengurusan, KD PELANDOK, TLDM Lumut.
                 Badan Penganugerahan           :  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
                 Memorandum Perjanjian (MOA) :  Kerajaan Malaysia (TLDM) dan Universiti Pertahanan Nasional
                                                  Malaysia pada 23 Disember 2015.
                 Di atas permintaan daripada TLDM, sebagaimana yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat
                 Lembaga Gabenor Pendidikan dan Latihan TLDM ke-62 pada 28 Jun 2012, TLDM telah memohon
                 kerjasama UPNM untuk membangunkan program di peringkat diploma khusus bagi menaikkan
                 kelayakan akademik anggota lain-lain pangkat. Sebagai permulaan, dua program telah dikenal
                 pasti iaitu Program Diploma Pengurusan Logistik (DPL) dan Diploma Pentadbiran Perniagaan
                 (DPP). Program ini dibuka kepada anggota TLDM sebaik sahaja tamat latihan asas Perajurit
                 Muda. Program kerjasama ini dijalankan sepenuhnya di KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut
                 termasuk sesi kuliah dan peperiksaan serta menggunakan kombinasi tenaga kepakaran daripada
                 pensyarah UPNM dan pegawai TLDM yang berkelayakan.
                 Objektif Program  :              a.  Meningkatkan taraf pendidikan anggota;
                                                  b.  Pengiktirafan kelayakan akademik anggota;
                                                  c.  Menyemai sikap Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di
                                                     kalangan anggota; dan
                                                  d.   Memenuhi dan mematuhi keperluan struktur laluan
                                                     kerjaya anggota.
                 Syarat Kemasukan  :              Calon mestilah warganegara Malaysia dan lulus Sijil Pelajaran
                                                  Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat sekurang
                                                  kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Malaysia dan
                                                  lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM.





































                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  287
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   283   284   285   286   287   288   289   290   291   292   293