Page 283 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 283
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pengambilan Pelajar Tahun 2022
Tiada pengambilan dibuat pada tahun 2022 oleh kerana pengambilan 2019 (Kohort 3) adalah
pengambilan yang terakhir bagi program kerjasama ini. Pengambilan seterusnya akan dijalankan
sepenuhnya oleh pihak UPNM. Lebihan pelajar daripada Pengambilan 2019 akan tamat pengajian
pada tahun 2022.
Statistik Pelajar Bergraduat
Graf 2: Struktur Pelajar Bergraduat
B. MSc. In International Technology Management for Defence and Security
Tempoh Pengajian : Setahun
Tenaga Pengajar : University of Warwick, United Kingdom.
Pusat Penyelarasan : Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd)
Badan Penganugerahan : University of Warwick, United Kingdom
Memorandum Perjanjian (MOA) : BAE Systems Bofors AB dan Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia pada 4 Mac 2015
Menyedari keperluan khusus yang amat penting dalam pertahanan ketenteraan dan persekitaran
keselamatan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bekerjasama dengan University
of Warwick menawarkan Program MSc. in International Technology Management for Defence and
Security (MITMDS).
Program yang ditawarkan sepenuhnya oleh University of Warwick ini bertujuan untuk menaikkan
tahap kemahiran, keupayaan dan profesionalisme pegawai-pegawai tentera dan eksekutif di
dalam sektor industri pertahanan dalam bidang International Technology (IT) di organisasi secara
khususnya dan negara secara amnya. Program ini dijalankan dengan menawarkan pengetahuan
yang lebih dalam bidang sekuriti dan pertahanan.
282 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia