Page 282 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 282
Pembelajaran Sepanjang Hayat
OBJEKTIF
4 Sebagai ‘one-stop center’ mengkordinasikan pembangunan dan pelaksanaan program-
program akademik luar kampus di pelbagai peringkat (diploma, ijazah dan sarjana) bagi
memenuhi keperluan pengajian sepanjang hayat pegawai-pegawai dan anggota agensi
pertahanan dan keselamatan negara.
4 Menawarkan dan melaksanakan program pembangunan profesional seperti kursus pendek,
seminar, bengkel dan latihan selaras dengan keperluan agensi-agensi pertahanan dan
keselamatan khususnya dalam industri pertahanan Negara.
4 Menjana pendapatan Universiti secara konsisten melalui program-program akademik luar
kampus dan program professional seperti kursus pendek, seminar, bengkel dan latihan.
PROGRAM AKADEMIK
A. MSc. In Cyber Security and Management
Tempoh Pengajian : Setahun
Tenaga Pengajar : University of Warwick, United Kingdom.
Pusat Penyelarasan : Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) dan Pusat
Keselamatan Siber UPNM
Badan Penganugerahan : University of Warwick, United Kingdom
Memorandum Perjanjian (MOA): BAE Systems Bofors AB dan Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia pada 4 Mac 2015
Menyedari keperluan khusus yang amat penting dalam pertahanan ketenteraan dan persekitaran
keselamatan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bekerjasama dengan University
of Warwick menawarkan Program MSc. in Cyber Security and Management (MCSM).
Program yang ditawarkan sepenuhnya oleh University of Warwick ini bertujuan menaikkan tahap
kemahiran, keupayaan dan profesionalisme pegawai-pegawai tentera dan eksekutif dalam sektor
industri pertahanan dan bidang keselamatan siber di organisasi secara khususnya dan negara
secara amnya.
Struktur Program
Program selama setahun ini ditawarkan secara modular dengan 10 modul dan satu Projek/
Disertasi. Struktur program MCSM adalah seperti berikut:
Jadual 66: Struktur Program MCSM
Bil. Modul
1. Information Risk Management and Governance
2. Financial Analysis and Decision Making
3. Global E-Business
4. Digital Forensics, Evidence and Intelligence - Research Methodology
5. Crypto-Systems and Data Protection
6. Security Architecture and Network Defence
7. Industrial Espionage and Counterfeiting
8. Leading Change
9. Business Strategy and Strategic Management
10. Project Planning Management and Control
LAPORAN TAHUNAN 2022 281
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia