Page 277 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 277

Hubungan Industri dan Korporat

              HUBUNGAN UNIVERSITI - INDUSTRI

              Hubungan Universiti - Industri dikendalikan oleh Bahagian Jaringan Industri merangkumi dalam
              negara dan luar negara. Penglibatan tenaga pengajar dalam industri sentiasa dipergiatkan dari
              semasa ke semasa bagi membantu tenaga pengajar menimba ilmu dan menambahbaik ilmu
              pengetahuan merangkumi memperoleh pengalaman, pendedahakan kepada amalan sebenar
              industri,  mengaplikasikan  pengetahuan  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran,  seterusnya
              melahirkan tenaga pengajar yang berintelektual di UPNM.
              Pelaksanaan  hubungan  universiti  -  Industri  dilaksanakan  melalui  pembangunan  akademik
              dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara bersama serta program sangkutan tenaga
              pengajar / Pelajar UPNM di Syarikat/Agensi sama ada dalam dan luar negara. Bagi maksud ini,
              UPNM turut terlibat dalam pelbagai aktiviti di peringkat universiti, industri dan stakeholder.
              SENARAI  MESYUARAT  /  PERBINCANGAN  /  KERJASAMA  BERKENAAN  HUBUNGAN
              UNIVERSITI – INDUSTRI BAGI TAHUN 2022

               Jadual 65:       Senarai Mesyuarat/ Perbincangan/ Kerjasama Berkenaan Hubungan Universiti - Industri Bagi Tahun 2022


              Bil.                   Mesyuarat / Perbincangan                             Tarikh

              Dalam Negara
               1. Taklimat Program CEO@KPT                                                 9 Jun
               2. Mesyuarat Penyelarasan Majlis Pelancaran CEO@KPT                    9 Jun dan 5 Julai

               3. Mesyuarat Kerjasama Keusahawanan UPNM dan Lembaga Penduduk              15 Jun
                   dan Pembangunan Negara LPPKN
               4. Kunjungan Hormat ke atas YBhg Laksamana Muda Dato’ Anuar                1 Ogos
                   Mohamed, Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM
               5. Pertemuan bersama Mejar Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar, Komandan      10 Ogos
                   Maktab Ketahanan Nasional (MKN)
               6. Perbincangan bersama ATM (bersama PKS PAT Kol Azman bin Jantan         19 Ogos
                   TUDM)
              Luar Negara
               1. Mesyuarat Kerjasama UPNM dengan Boustead DCNS Naval Corporation    4 Julai dan 29 Julai
                   (BDNC) berkaitan Internship pelajar UPNM, potensi  kerjasama seminar/
                   program/geran/endowmen dan hala tuju UPNM - BDNC
               2. Pertemuan bersama His Excellency Khalid bin Mohamad Alghaith, Duta      8 Ogos
                   UAE ke Malaysia di Pejabat Kedutaan UAE
               3. Mesyuarat bersama Airbus Helicopter Malaysia berkaitan hasrat        13 September
                   membiayai Geran Penyelidikan dan Pembangunan
               4. Perbincangan bersama BAE System, Bofors dan BHIC Bofors Asia         11 November
                   berkaitan Kerjasama Industri Program (Industrial Collaboration
                   Programme - ICP)

              HUBUNGAN KORPORAT

              UPNM telah memperkasakan hubungan hal ehwal korporat universiti melalui jalinan kerjasama
              dengan syarikat-syarikat korporat, agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan
              komuniti terutamanya ke arah usaha berterusan memartabatkan UPNM sama ada peringkat
              domestik mahu pun antarabangsa. Jalinan kolaborasi korporat sentiasa diperhebahkan di media
              massa, media cetak dan sosial media.



                276   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281   282