Page 281 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 281
Pembelajaran Sepanjang Hayat
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
INSTITUT PENGAJIAN EKSEKUTIF UPNM (NIEEd)
PENGENALAN
Pada tahun 2010, Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) telah diwujudkan secara organisasi
ad hoc untuk membolehkan penawaran beberapa kursus pendek dalam kerangka pembangunan
eksekutif untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan
Tentera (PERHEBAT) serta agensi keselamatan lain tidak kira swasta mahu pun badan kerajaan.
NIEEd secara rasminya ditubuhkan pada Jun 2010 dan diluluskan oleh SENAT Bil. 21/2011 pada
14 Jun 2011.
NIEEd merupakan sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan mengkoordinasi program-
program akademik luar kampus dan menyediakan latihan eksekutif serta pembangunan
profesional seperti kursus pendek, seminar, bengkel dan latihan mengikut keperluan industri
pertahanan dan keselamatan negara. Tumpuan khusus kepada ‘creating a future of excellence’
dengan membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan pembangunan modal insan
selaras dengan hasrat Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia.
NIEEd terus bergerak ke hadapan dengan pelbagai perancangan program-program baharu
khususnya bagi program-program yang bersesuaian dengan permintaan klien disamping
menggiatkan aktiviti mempromosi program-program sedia ada bagi memastikan budaya PSH
serta pembangunan modal insan dijadikan amalan berterusan.
VISI
Meneraju pembangunan modal insan melalui pendidikan sepanjang hayat khususnya di dalam
bidang pertahanan dan keselamatan negara.
MISI
NIEEd komited untuk menyediakan pendidikan eksekutif yang cemerlang, penyelidikan dan
program pembangunan profesional seperti kursus pendek, seminar, bengkel dan latihan melalui
kerjasama dengan badan-badan tempatan dan antarabangsa untuk memenuhi keperluan industri
pertahanan dan keselamatan.
280 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia