Page 245 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 245

Perpustakaan

                                                                                        PERPUSTAKAAN


              PERPUSTAKAAN JENERAL TUN IBRAHIM

              Penubuhan  Perpustakaan  Jeneral  Tun  Ibrahim  (PJTI)  menyokong  misi  Universiti  Pertahanan
              Nasional Malaysia (UPNM) dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan serta sumber
              ilmu yang berkualiti dan menepati keperluan warga universiti. Pengurusan dan operasi PJTI telah
              diketuai Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan, dua orang Pustakawan Kanan, empat
              orang Pustakawan dan disokong oleh 25 orang staf sokongan.

              PJTI  menawarkan  pelbagai  kemudahan  dan  perkhidmatan  yang  boleh  diakses  dari  laman
              sesawang  https://lib.upnm.edu.my/.  Kesemua  bahan  yang  terdapat  di  PJTI  boleh  diakses
              melalui  Katalog  Atas  Talian  (OPAC),  http://webopac.upnm.edu.my/.  Bagi  menggunakan
              perkhidmatan  dari  luar  kampus  pengguna  boleh  mengakses  proksi  PJTI.  PJTI  membenarkan
              pengguna untuk mengakses ke pangkalan data dalam talian, e-jurnal, dan e-buku dari mana
              sahaja, pada bila-bila masa dari pautan https://libproxy.upnm.edu.my. Koleksi digital seperti
              artikel jurnal, kertas soalan peperiksaan, kertas persidangan, keratan surat khabar lain-lain turut
              boleh diakses melalui laman E-Repositori Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (ERTI). Penggunaan
              media sosial sebagai medium perantaraan dengan pengguna digunakan sepenuhnya oleh PJTI
              melalui Facebook PJTI (upnm.library) dan Instagram (@upnm.library).

              KOLEKSI PERPUSTAKAAN JENERAL TUN IBRAHIM





















































                244   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   240   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250