Page 241 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 241
Pembangunan Sumber Maklumat
PEMBANGUNAN SUMBER MAKUMAT
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Situasi pandemik yang dialami sebelum ini membawa impak besar kepada negara, namun turut
menjadi pemangkin kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Ia menuntut sektor
awam meningkatkan mutu penyampaian masing-masing melalui transformasi pendigitalan
secara komprehensif.
Semua perkara yang dahulunya lebih banyak dikendalikan di luar talian dan atas kertas, kini
boleh dilakukan secara digital sepenuhnya disebabkan oleh pendigitan dan teknologi digital
yang jauh lebih cekap.
Melalui pendigitalan, perkhidmatan dapat ditawarkan kepada pelanggan secara dalam talian
menggunakan kemudahan capaian internet. Selaras dengan trend semasa serta keperluan
pengguna, pendigitalan perkhidmatan merupakan agenda utama kerajaan bagi mewujudkan
akses yang lebih pantas kepada perkhidmatan yang disediakan.
Kebergantungan universiti terhadap penggunaan digital (ICT) akan terus meningkat dan penting,
ledakan teknologi komunikasi, teknologi hijau dan pelbagai teknologi termaju lain adalah sangat
luar biasa. Semua teknologi termaju ini bukan sahaja muncul dengan sangat deras, tetapi juga
berubah dengan sangat pantas. Hari ini, semua sektor dan lapangan telah beranjak kepada
pendigitalan. Melalui pendigitalan akan membolehkan kita untuk merancang dengan lebih baik.
Begitu juga dengan UPNM, tidak boleh ketinggalan. UPNM akan memberi fokus kepada pendigitalan
total dalam semua aspek pengurusan, pendidikan, pembelajaran dan perkhidmatan. Keutamaan
akan diberikan kepada peningkatan dan pembangunan prasarana dan penambahbaikan PdP
digital. Pelan pendigitalan UPNM yang sedia ada akan dilonjakan secara transformative.
Pelaksanaan ke arah permodenan yang lebih baik ini memerlukan bajet yang besar. Justeru,
bersandarkan pelan-pelan tersebut, universiti akan bersama-sama mencari jalan bagaimana
untuk meraih dana dari pelbagai sumber, dengan pelbagai bentuk kerjasama pembiayaan, bagi
mendigitalkan keseluruhan aspek PdP, penyelidikan, urus tadbir dan keselamatan universiti.
Insyallah universiti akan terus mempertingkatkan keupayaan digital dari masa ke semasa
mengikut kemampuan kewangan pada setiap tahun.
240 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia