Page 237 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 237

Modal Insan Cemerlang

              b)   Sistem Kehadiran Biometrik

                   Pengurusan Universiti telah bersetuju bagi kehadiran staf ke pejabat akan menggunakan
                   sistem yang baharu iaitu Sistem Kehadiran Biometrik. Sistem ini merupakan satu kaedah
                   untuk  mengecam  individu  berdasarkan  ciri-ciri  biologi  dan  tingkah  laku.  Penggunaan
                   teknologi biometrik yang digunapakai di UPNM ialah penggunaan cap jari dan imbasan
                   kad  staf  yang  mana  ianya  boleh  meningkatkan  tahap  keselamatan  dan  kualiti  sistem
                   penyampaian perkhidmatan. Teknologi biometrik berasaskan cap jari mengunakan imej optik
                   untuk mengenal pasti identiti melalui pattern-matching. Kaedah biometrik ini mempunyai
                   tahap ketepatan yang tinggi kerana setiap individu mempunyai cap jari yang berbeza.
                   Bagi  memastikan  sistem  ini  selari  dengan  perkembangan  semasa,  sistem  ini  telah
                   ditambahbaik  kepada  Sistem  e-Kehadiran  Versi  2.0  yang  telah  dilaksanakan  pada  3
                   September  2019.  Sistem  ini  ditambahbaik  bagi  membolehkan  pertukaran  daripada  satu
                   waktu bekerja (8.00 pagi hingga 5.00 petang) kepada waktu bekerja lebih dari satu waktu
                   yang diaplikasikan dalam sistem kehadiran sedia ada. Sistem e-Kehadiran Versi 2.0 ini terdiri
                   daripada waktu bekerja berperingkat (WBB) bagi staf bukan akademik, waktu bekerja shift
                   (WBS), waktu bekerja staf akademik (WBA), waktu bekerja staf akademik yang memegang
                   jawatan  pentadbiran  (WBAP),  dan  waktu  bekerja  Fleksi  (WBF)  untuk  jawatan  tertinggi
                   UPNM.  Pelaksanaan  Waktu  Bekerja  Fleksi  (WBF)  bagi  Staf  Bukan  Akademik  Universiti
                   Pertahanan Nasional Malaysia juga telah dilaksanakan pada 1 Oktober 2020 serta diadaptasi
                   didalam sistem e-kehadiran ini. Sistem ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan bagi
                   melindungi maklumat peribadi staf. Selain itu, sistem ini juga meliputi borang-borang secara
                   atas talian berkaitan borang keluar pejabat tidak rasmi, borang bertugas rasmi dan justifikasi
                   lewat atas talian.
                   Sebagai  salah  satu  usaha  ke  arah  menerapkan  budaya  kerja  yang  cemerlang  dan  bagi
                   memastikan  setiap  pegawai  mempunyai  tahap  integriti  dan  disiplin  yang  tinggi,  semua
                   pegawai  di  UPNM  adalah  diwajibkan  menggunapakai  sepenuhnya  Sistem  Kehadiran
                   Biometrik yang telah disediakan berkuatkuasa sejak 1 Ogos 2015.
                   Walaubagaimanapun setelah sistem e-Kehadiran Versi 2.0 sedia ada digunapakai sehingga
                   tahun 2022, Pejabat Pendaftar di dalam perancangan menaik taraf sistem kehadiran baharu
                   iaitu versi 3.0 yang sedang dibangunkan secara inhouse. Perancangan mengguna pakai
                   sistem  kehadiran  versi  3.0  iaitu  yang  ditambahbaik  bagi  modul  pelaporan  pemantaun
                   kehadiran staf ke Pejabat yang lebih mesra pengguna kepada para pentadbir dan ketua
                   FPJB. Perancangan menggunapakai sistem kehadiran versi 3.0 ini adalah pada tahun 2023
                   kelak.

              c)   Kemudahan Pakaian Seragam dan Kasut bagi Kumpulan sokongan
                   Sepanjang tahun 2022, UPNM turut menyediakan kemudahan pakaian dan kasut seragam
                   kepada  staf  Kumpulan  Pelaksana  (Bukan  Akademik)  berdasarkan  kepada  peruntukan
                   Perkeliling  Kerajaan  yang  bertujuan  sebagai  pengenalan  diri  dan  perlindungan  serta
                   menampilkan ketrampilan dan imej UPNM.
                   Kemudahan  pakaian  dan  kasut  seragam  yang  dibekalkan  tersebut  sentiasa  dipantau
                   perkembangan dan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Semakan
                   semula  kualiti  pembekalan  pakaian  dan  kasut  seragam  dibincangkan  dan  dilaporkan
                   didalam Mesyuarat MBJ bagi memastikan kualiti pembekalan dan seterusnya kepuasan dan
                   keselesaan kepada pengguna pakaian dan kasut seragam yang dibekalkan oleh Universiti.
                   Dalam  usaha  peningkatan  mutu  kualiti  pembekalan  pakaian  seragam  Universiti  dalam
                   mengekalkan imej berpakaian seragam Universiti, salah satu usaha adalah membekalkan
                   kasut seragam yang lebih selesa, berkualiti dan berjenama seperti contoh membekalkan
                   kasut seragam yang berjenama Medishoe/Medifeet yang lebih berkualiti daripada kuantiti.



                236   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242