Page 235 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 235

Modal Insan Cemerlang

              Secara ringkasannya, sepanjang tahun 2022 seramai 35 orang staf UPNM sedang aktif mengikuti
              Cuti Belajar, Cuti Pasca Doktoral dan Cuti Sabatikal. Perincian adalah seperti di Jadual 62.

               Jadual 62:        Bilangan Keseluruhan Staf yang Mengikuti Cuti Belajar, Cuti Pasca Doktoral dan Cuti Sabatikal


                         Lokasi              Cuti Belajar    Pasca Doktoral     Sabatikal      Jumlah
                      Dalam Negara                28               0                3             31
                       Luar Negara                2                1                1             4


               Graf 2:               Persidangan yang Dihadiri oleh Staf Aakademik Bagi Tahun 2022
































              KEMUDAHAN STAF
              Secara umumnya Pejabat Pendaftar merupakan tunggak serta nadi utama bagi segala hal ehwal
              dalam  pengurusan  pentadbiran  Universiti  di  samping  bertanggungjawab  bagi  menyediakan
              kemudahan  kepada  semua  kakitangan  UPNM.  Perkara  ini  merujuk  kepada  pelan  strategik
              Pejabat Pendaftar iaitu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang menepati kepuasan
              pelanggan sebagai ‘the value customer’.
              a)   Kemudahan Perubatan Staf UPNM
                   Universiti  telah  menggunapakai  Pekeliling  Perkhidmatan  Sumber  Manusia  (PPSM)
                   Kemudahan Perubatan Versi 1.0 (2022) yang menerangkan kemudahan kepada pegawai
                   dan pesara perkhidmatan awam. Kemudahan perubatan bagi Perkhidmatan Awam adalah
                   sepertimana  yang  diperuntukkan  di  bawah  Perintah  Am  Bab  F  (Perubatan)  Tahun  1974,
                   pekeliling, surat pekeliling dan surat edaran.
                   Kemudahan perubatan yang diterima oleh staf UPNM turut melibatkan kes-kes khas yang
                   diluluskan  melalui  Jawatankuasa  Perubatan  Staf  UPNM  berdasarkan  kepada  syarat  dan
                   peraturan yang telah dikeluarkan oleh Pekeliling kerajaan semasa dan Skim Perkhidmatan
                   Staf UPNM.
                   Bagi kes-kes khas yang dirujuk pada Jawatankuasa Perubatan Staf UPNM adalah kes-kes
                   yang  tetakluk  pada  Pekeliling  kerajaan  semasa  dan  Skim  Perkhidmatan  Kesihatan  Staf
                   UPNM seperti contoh permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di hospital/ klinik


                234   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240