Page 236 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 236
Modal Insan Cemerlang
swasta yang perlu dikaji dan dipertimbangkan. Bagi kes-kes tersebut yang mana tatacara
permohonan juga sepertimana yang telah dinyatakan pada Skim Perkhidmatan Kesihatan
Staf/ Pekeliling kerajaan.
Sehingga Februari 2022, UPNM telah melantik 69 buah Klinik Panel yang terletak di sekitar
Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Kadar rawatan klinik panel
UPNM masih kekal iaitu sebanyak RM60.00 untuk sekali rawatan. Kemudahan tersebut
diberikan kepada semua staf UPNM yang layak beserta tanggungan bagi mendapatkan
kemudahan rawatan ‘out patient’.
Kemudahan ini merupakan satu pilihan kepada staf dan tanggungan untuk mendapatkan
rawatan di klinik panel selain mendapatkan rawatan di klinik / Hospital Kerajaan. Bagi kes-kes
kecemasan atau kritikal staf dan tanggungannya adalah dinasihatkan supaya merujuk terus
kepada Hospital Kerajaan. Walau bagaimanapun, ianya masih tertakluk dalam peraturan
Skim Kemudahan Perubatan Staf / Pesara dan Pekeliling Kerajaan semasa. Sehubungan
itu, Staf UPNM yang berkelayakan mendapatkan kemudahan perubatan Klinik Panel
dibekalkan kad perubatan sebagai identifikasi semasa mendapatkan rawatan perubatan di
Klinik Panel.
UPNM telah ke arah menaik taraf sistem pengurusan perkhidmatan staf dengan mengambil
inisiatif mewujudkan sistem UPNM Mobile App bagi memudahkan staf mengakses serta
mengemaskini data maklumat peribadi. UPNM Mobile App ini secara khususnya dapat
memudahcara urusan staf bagi mengemaskini maklumat peribadi, maklumat tanggungan
dan pasangan serta mendaftarkan maklumat Klinik Panel yang dipilih oleh staf (tiga Klinik
Panel). Semua maklumat tanggungan/ pasangan staf dan Klinik Panel yang dipaparkan
pada UPNM Mobile App setiap staf perlulah disahkan maklumat terlebih dahulu oleh pihak
Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UPNM. Staf UPNM yang layak mendapatkan
perkhidmatan Klinik Panel UPNM dengan sewajarnya dapat mengakses dan mempamerkan
butiran maklumat peribadi (yang telah disahkan/ Verified) melalui sistem UPNM Mobile
App kepada pihak Klinik Panel UPNM sahaja pada masa pendaftaran pesakit bagi
menggantikan Kad Perubatan sedia ada untuk mendapatkan rawatan. Kad Perubatan sedia
ada masih digunapakai oleh staf UPNM dan tidak akan dimansuhkan namun sekiranya Kad
Perubatan tersebut tidak dapat dipamerkan oleh staf kepada pihak Klinik Panel, staf boleh
menggunakan kemudahan aplikasi UPNM Mobile App untuk mempamerkan maklumat
peribadi kepada pihak Klinik Panel.
UPNM Mobile App adalah sistem rangkaian maklumat staf UPNM berbentuk applikasi di
dalam telefon mudah alih pintar. Sistem ini boleh dicapai oleh semua staf UPNM dengan
memuat turun menggunakan sistem telefon pintar Android ataupun iOS sahaja.
Seiring dengan perkembangan ekonomi semasa, UPNM juga turut terkesan mengikuti arus
ekonomi semasa dan merancang strategi serta memantau keadaan kewangan Universiti
dalam pemberian kemudahan perubatan.
UPNM sentiasa mengambil langkah proaktif untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik
terhadap pemberian kemudahan kepada staf UPNM seiring dengan perubahan senario
ekonomi global, yang faktornya berada di luar kawalan. Perkara ini dilakukan untuk Universiti
untuk terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan warga Universiti.
Dalam menyokong kaedah Lean Management yang diketengahkan oleh Pejabat Pendaftar,
pelaksanaan penggunaan sistem HRMIS juga dapat membantu dalam penjimatan
penggunaan sumber, meningkatkan produktiviti melalui pengurangan waktu menunggu
serta memberikan akses yang lebih mudah melalui capaian di atas talian seperti pengeluaran
Guarantee Letter bagi staf mendapatkan perkhidmatan perubatan di Hospital/ Klinik/ Pusat
Kesihatan Kerajaan atau Universiti Awam.
LAPORAN TAHUNAN 2022 235
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia