Page 248 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 248
Perpustakaan
Program Literasi Maklumat
Sepanjang tahun 2022, sebanyak 106 sesi Program
Literasi Maklumat telah dianjurkan dan kebanyakannya
adalah secara dalam talian. Program Literasi Maklumat ini
termasuklah konsultasi literasi maklumat untuk kumpulan
kecil, manakala kelas literasi maklumat untuk kumpulan
besar. Seramai 1,396 orang peserta telah menghadiri
program ini.
Webinar Perpustakaan Siri 01: Penyediaan Profil
Penyelidik
Siri Webinar Perpustakaan merupakan program
julung kali yang diadakan bermula dari bulan Oktober
hingga Disember 2022. Webinar Perpustakaan Siri
01: “Penyediaan Profil Penulis dalam Scopus, ORCID,
Publons dan Google Scholar” telah dijalankan pada 25
Oktober 2022 dengan penyertaan seramai 353 orang
dari kalangan staf akademik, staf bukan akademik dan
juga pelajar UPNM. Objektif utama program ini adalah
untuk menyediakan dan mengemaskini profil penyelidik,
menilai alat pengurusan profil penyelidik dan membuat
perbandingan ciri-ciri utama dalam profil penyelidik.
Webinar Perpustakaan Siri 02: "Referencing" Mudah
Menggunakan Mendeley & Zotero
Siri Webinar Perpustakaan kedua yang telah dilaksanakan
pada 25 November 2022 adalah “Referencing" mudah
menggunakan Mendeley & Zotero dengan penyertaan
seramai 228 orang dari kalangan staf akademik, staf
bukan akademik dan juga pelajar UPNM. Webinar
Perpustakaan Siri 02 ini bertujuan untuk memberi
pendedahan dan demonstrasi penggunaan perisian
Mendeley & Zotero kepada peserta untuk kegunaan
dalam penulisan. Selain itu, ianya turut memberi panduan
bagi mengenalpasti persamaan dan perbezaan ciri-ciri
utama antara Mendeley & Zotero dan sekaligus memberi
pilihan kepada peserta dalam memilih perisian terbaik
untuk pengurusan rujukan dan sitasi. Webinar ini telah
menerima sambutan yang menggalakkan dari kalangan
staf dan pelajar UPNM.
Webinar Perpustakaan Siri 03: Pencarian & Penulisan
Literatur Mudah Menggunakan Researchrabbit,
Inciteful & Scite
Webinar Perpustakaan Siri 03: Pencarian & Penulisan
Literatur mudah menggunakan ResearchRabbit,
Inciteful & Scite telah diadakan pada 16 Disember 2022
dengan penyertaan seramai 247 orang dari kalangan
staf akademik, staf bukan akademik dan juga pelajar
UPNM. Webinar ini merupakan siri yang terakhir
bagi tahun 2022 dan telah menerima sambutan yang
menggalakkan dari kalangan warga UPNM. Webinar siri
LAPORAN TAHUNAN 2022 247
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia