Page 247 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 247
Perpustakaan
Program Khidmat Masyarakat - Malaysia Membaca:
“Reaching The Unreached”
Selepas hampir dua tahun tidak dapat menjalankan
sebarang aktiviti kemasyarakatan secara bersemuka, pada
11 Jun 2022 bertempat di Perpustakaan Masyarakat Pasukan
Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak telah diadakan Program
Khidmat Masyarakat - Malaysia Membaca: “Reaching The
Unreached”. Program ini merupakan usahasama antara
Kelab Sahabat Perpustakaan (CLiB) dan Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANP) dengan
sokongan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
UPNM. Program ini telah disertai oleh 68 orang kanak-
kanak berusia 8 hingga 12 tahun yang merupakan anak
kepada anggota Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, Perak.
Pelbagai aktiviti pembelajaran telah dianjurkan seperti
Radio Rosak, Sketsa, Ringgit & Sen dan sebagainya.
Khidmat Komuniti Membaik Pulih Perpustakaan Desa
Janda Baik, Pahang Kolaborasi Bersama Perbadanan
Perpustakaan Awam Pahang
Khidmat Komuniti Membaik Pulih Perpustakaan Desa
Janda Baik, Pahang Kolaborasi Bersama Perbadanan
Perpustakaan Awam Pahang ini telah dijalankan pada
19 hingga 21 September 2022 yang telah disertai oleh
15 orang staf Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim dan
juga beberapa orang staf Perbadanan Perpustakaan
Awam Pahang. Objektif program ini dijalankan adalah
untuk membantu membersihkan dan mencantikkan
Perpustakaan Desa Janda Baik, mendekatkan staf dengan
aktiviti kemasyarakatan, melahirkan semangat gotong-
royong, mewujudkan hubungan dan jalinan yang lebih
erat dengan organisasi luar dan mengeratkan hubungan
kekitaan di kalangan staf. Program ini juga merupakan
inisiatif khidmat komuniti PJTI dalam usaha menjalin
hubungan kemasyarakatan dan merupakan sebahagian
daripada perancangan aktiviti tahunan PJTI.
Program Pemilihan Bahan Bacaan Ringan
Pada 10 Jun 2022, seramai 15 orang para
pelajar UPNM yang juga merupakan ahli
Kelab Sahabat Perpustakaan (CLiB) telah
dibawa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur (PBAKL) 2022. Lawatan kali ini
bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada para peserta mengenai tatacara
perolehan bahan bacaan yang digunapakai
oleh PJTI. Selain lawatan, para peserta telah
membuat pemilihan judul-judul bahan
bacaan ringan yang terdapat di PBAKL
2022. Pemilihan bahan bacaan ringan ini
merupakan salah satu keistimewaan yang
diberikan kepada ahli CliB.
246 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia