Page 23 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 23
Laporan Naib Canselor
menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong selaku Tuanku Canselor, sebagai sumber inspirasi dalam melunaskan
amanah sebagai sebagai sebuah gedung ilmu sandaran rakyat dan negara.
Akhir kata, saya menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang sebesar-besarnya
kepada pihak Kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan,
Angkatan Tentera Malaysia, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, Ahli-ahli Senat, Pegawai
Pengurusan Universiti, serta seluruh warga UPNM. Setinggi-tinggi penghargaan juga
diucapkan kepada rakan-rakan Universiti Awam dan Swasta, Kementerian dan agensi
Kerajaan, rakan-rakan industri, rakan-rakan NGO serta media massa yang sentiasa setia
bersama-sama UPNM. Sesungguhnya, segala dokongan, sokongan serta sumbangan semua
pihak kepada UPNM sepanjang tahun 2021 amat dihargai. Saya yakin bahawa gandingan
dan sinergi kerjasama yang begitu erat ini akan dapat diperkukuhkan pada tahun-tahun
mendatang.
Sekian dan salam hormat.
“KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”
DATUK HASAGAYA BIN ABDULLAH
Leftenan Jeneral
Naib Canselor
22 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia