Page 20 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 20

Laporan Naib Canselor

                 Kementerian Pengajian Tinggi yang merangkumi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
                 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dijadikan rujukan
                 utama dalam merangka strategi UPNM yang mampan. Ia seterusnya diformulasi sebagai
                 petunjuk  prestasi  utama  dengan  jajaran  inisiatif  di  peringkat  Fakulti/Pusat/Jabatan/
                 Bahagian  di  UPNM  dengan  objektifnya  untuk  membina  satu  sinergi  yang  membolehkan
                 aspek pentadbiran beradaptasi dengan iklim pendidikan tinggi global dan dalam lingkungan
                 sempadan autonomi yang disandang.
                 KESINAMBUNGAN PEMERKASAAN TADBIR URUS
                 Kepimpinan UPNM yang dibarisi oleh Ahli Lembaga Pengarah serta Pengurusan Universiti
                 yang  berwibawa,  terus  bergandingan  dalam  mentransformasikan  tadbir  urus  UPNM  ke
                 arah pemantapan ekosistem pentadbiran yang cekap dan amanah. Sebagai tonggak utama
                 tadbir  urus  UPNM,  Ahli  Lembaga  Pengarah  dan  Pengurusan  terus  giat  menggarap  idea
                 secara kolektif untuk memastikan agenda pemerkasaan elemen kualiti dalam governan dan
                 tadbir urus, tradisi keintelektualan, pengajaran dan pembelajaran, pengukuhan sahsiah dan
                 kepimpinan  mahasiswa,  pengurusan  penyelidikan  dan  inovasi,  kemampanan  pengurusan
                 kewangan,  hubungan  strategik,  serta  pengantarabangsaan  dapat  direncanakan.  Dalam
                 menyuntik  sinergi  baharu  seiring  keperluan  mutakhir,  barisan  kepimpinan  UPNM  turut
                 menekankan  penerapan  amalan  tadbir  urus  yang  merangkumi  sistem  nilai  berdasarkan
                 kebertanggungjawaban, akauntabiliti dan responsif dalam urusan pentadbiran harian.
                 Segala  yang  diusahakan  pastinya  demi  untuk  memastikan  UPNM  berupaya  mendukung
                 hasrat  dan  memenuhi  ekspektasi  pemegang  taruh,  masyarakat  serta  negara.  Berhasil
                 usaha  gigih  semua  Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian,  UPNM  telah  berjaya  memperoleh
                 keputusan Audit Bersih daripada Lloyd’s Register Quality Assurance (LRQA) dan sekaligus
                 berjaya  mengekalkan  pensijilan  tiga  tahun  bagi  pelaksanaan  Sistem  Pengurusan  Kualiti
                 (SPK) MS ISO 9001:2015 di seluruh kampus. Ia disusuli pula dengan beberapa pencapaian
                 memberangsangkan termasuk penarafan 5 bintang yang diterima oleh UPNM bagi empat
                 tahun  berturut-turut  dan  kedudukan  antara  dua  Universiti  Awam  (UA)  tertinggi  yang
                 mendapat  markah  100%  bagi  pencapaian  data  MyMoheS  (Sistem  Pengumpulan  Data
                 Universiti Awam).
                 PENGUKUHAN TRADISI KEINTELEKTUALAN
                 Sebagai sebuah gedung ilmu yang dibarisi para sarjana yang tinggi daya intelektualnya, UPNM
                 memegang status sebagai pelantar pendidikan yang membawa amanah untuk memastikan
                 keunggulan akademik dan tradisi keintelektualan sentiasa kekal lestari. Justeru itu, komitmen
                 yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha peningkatan kecemerlangan akademik diteruskan
                 dengan  pendekatan  holistik.  Bagi  mengekalkan  tradisi  keintelektualan  dan  percambahan
                 pemikiran,  pelbagai  siri  webinar  perkongsian  pengetahuan  telah  dilaksanakan  oleh  para
                 pensyarah UPNM sepanjang tahun 2021 yang turut melibatkan barisan akademia daripada
                 rakan-rakan IPT.
                 Pada  tahun  2021  juga,  entiti  pentadbiran  akademik  terus  berkembang  pesat  dengan
                 penubuhan pusat baharu iaitu Pusat Pengajaran dan Pembelajaran dan Pusat Pengajian
                 Sepanjang  Hayat.  Penubuhan  kedua-dua  pusat  ini  merupakan  inisiatif  yang  dijajarkan
                 menerusi  aspirasi  UPNM  dalam  memperkukuhkan  aspek  kualiti  pengajaran  dan
                 pembelajaran, memperkukuhkan agenda pendigitalan pendidikan, serta menyahut aspirasi
                 Kementerian Pengajian Tinggi dalam memperkasakan pengajian sepanjang hayat dengan
                 lebih sistematik dan inklusif. Selain itu, bagi maksud menentukan kualiti program-program
                 akademik yang ditawarkan berada pada tahap tertinggi, pelbagai usaha penambahbaikan
                 diteruskan berpandukan kepada dasar, garis panduan, dan polisi yang dikawal selia oleh


                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020    19
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25