Page 22 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 22

Laporan Naib Canselor

                 graduan sentiasa menjadi fokus utama. Maka itu, UPNM terus berusaha melahirkan graduan
                 ‘insan  budiman’  menerusi  strategi  pembangunan  potensi  mahasiswa  sehingga  mereka
                 berupaya mencapai titik imbang dalam aspek fizikal, emosi spiritual, dan intelektual.
                 Dalam hal ini, keunikan citra identiti mahasiswa UPNM  yang sinonim dengan gabungan
                 intelek,  disiplin,  kepimpinan,  serta  sahsiah  terus  menjadi  wadah  aspirasi  yang  memandu
                 rangkuman  inisiatif  penyampaian  perkhidmatan  kepada  mahasiswa  secara  keseluruhan.
                 Justeru itu, pencapaian hebat para mahasiswa dan graduan UPNM sepanjang tahun 2021
                 telah memanifestasikan bahawa inisiatif yang digarap dan diaplikasikan telah membuahkan
                 jangkaan  hasil  yang  dihasratkan.  Antara  yang  paling  membanggakan,  UPNM  terus  gah
                 mengungguli  carta  Kebolehpasaran  Graduan  dengan  mencapai  96.9%.  Pencapaian  ini
                 juga berjaya dikekalkan hasil daripada sokongan padu oleh Kementerian Pengajian Tinggi
                 menerusi  penyaluran  dana  berkaitan  Kebolehpasaran  Graduan.  Untuk  rekod,  bagi  tahun
                 2021,  UPNM  berjaya  memperoleh  geran  Penjana  KPT-CAP  dengan  jumlah  keseluruhan
                 geran sebanyak RM999,500. Dana yang disalurkan ini telah dimanfaatkan secara optimum
                 dan  diyakini  menjadi  pemacu  sinergi  dalam  mengekalkan  momentum  keberhasilan
                 Kebolehpasaran Graduan UPNM.
                 Dalam  arena  sukan  pula,  atlet  mahasiswa  UPNM  berjaya  meraih  dua  Pingat  Perak  bagi
                 sukan Silat Tunggal Putera dan Puteri dalam ‘MASUM Virtual Martial Arts Tournament 2021’.
                 Atlet mahasiswa UPNM juga berjaya meraih dua Pingat Gangsa dalam Kejohanan MASUM
                 Virtual Archery 2021. Dalam penglibatan program kepimpinan mahasiswa berimpak tinggi,
                 seramai enam orang Pegawai Kadet telah berjaya terpilih mengikuti program berprestij iaitu
                 'The 2021 John MCCAIN Study of U.S. Institute (SUSI) for Global Leaders On the Rule of Law
                 and Public Service’ .
                 Dalam  aspek  kebajikan  pihak UPNM s entiasa  meletakkan  fokus  dalam  memastikan
                 kesejahteraan  mahasiswa  sentiasa  terpelihara.  Sementelah  tahun  2021  yang  dilingkungi
                 dengan cabaran pandemik COVID-19, pihak UPNM telah meletakkan keutamaan kepada
                 mahasiswa dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan sokongan. Ia merangkumi
                 bantuan  kepada  mahasiswa  berkeperluan  menerusi  penyaluran  dermasiswa,  pemberian
                 komputer riba, bantuan kupon makan, dan penyaluran zakat kepada mahasiswa asnaf. Selain
                 itu, bantuan lain turut diteruskan termasuk bantuan perlindungan kesihatan, bantuan kes
                 khas (kemalangan/bencana alam) dan bantuan khairat kematian. Pihak UPNM juga amat
                 berterima kasih kepada para penyumbang daripada pelbagai agensi dan syarikat korporat
                 yang turut sama-sama berganding bahu dengan UPNM dalam memastikan para mahasiswa
                 dapat dibantu dengan sewajarnya.
                 STRATEGI DAN PROJEKSI MASA HADAPAN
                 Berteraskan nilai-nilai murni yang dijunjung sebagai katalis ukhuwah dan keterangkuman
                 warga, UPNM bersedia melangkah ke hadapan dengan dipandu oleh aspirasi Kementerian
                 Pengajian Tinggi menerusi pengenalan dasar baharu dan dasar sedia ada. Barisan kepimpinan
                 UPNM terus meletakkan fokus teraju ke arah keunggulan institusi menerusi penetapan hal
                 tuju yang lebih strategik, sekaligus meletakkan UPNM sebagai Universiti Awam bereputasi
                 tinggi dalam arena pendidikan nasional dan antarabangsa. UPNM turut berkomitmen untuk
                 menyokong  penuh  aspirasi  dan  inisiatif  yang  diambil  oleh  Kerajaan  dalam  mengemudi
                 agenda pembangunan nasional, di mana Universiti turut menjadi tumpuan sebagai medan
                 pembentukan  warganegara  Malaysia  yang  terampil,  bersahsiah  unggul,  dan  berupaya
                 menjadi ejen perubahan dalam masyarakat.
                 Berbekalkan keyakinan dan semangat jitu untuk terus memberikan khidmat bakti terbaik
                 sekaligus menjulang Kewajipan, Maruah dan Integriti, seluruh warga UPNM bertekad untuk


                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020    21
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27