Page 19 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 19

Laporan Naib Canselor

              . LAPORAN NAIB CANSELOR



              Alhamdulillah, saya merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, di atas kurniaan-Nya yang
              membolehkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berjaya melewati tahun ke-
              15 penubuhannya dengan kesinambungan pelbagai kejayaan hebat. Aspirasi kecemerlangan
              yang dikongsi sebagai wadah sepunya oleh seluruh warga telah membawa kepada lakaran
              pencapaian  yang  amat  membanggakan.  Ia  sekaligus  telah  meletakkan  UPNM  semakin
              unggul dalam melaksanakan amanahnya sebagai pelantar penciptaan ilmu, serta kepimpinan
              pembangunan dan profesional dalam bidang tujahan keselamatan dan pertahanan.
              Tahun  2021  yang  diwarnai  dengan  pelbagai  cabaran  telah  diharungi  dengan  semangat
              kebersamaan dan kesetiaan seluruh warga. Usaha gigih untuk memaknai pengisian falsafah
              penubuhannya dan merealisasikan misi strategiknya kekal menjadi tiang seri perkhidmatan
              dalam melewati fasa kematangan yang seterusnya menjana kemandirian sebagai sebuah
              Universiti Awam yang kredibel dan disegani. Pembudayaan kualiti dan berprestasi tinggi
              dalam kalangan warga terus dijulang sebagai katalis yang memangkin evolusi kegemilangan
              UPNM. Begitu juga, segala usaha gigih yang bertitik tolak dari cetusan situasi yang amat
              mencabar sepanjang tahun 2021 telah membuka peluang untuk UPNM merangka strategi
              holistik sebagai persediaan ke arah perencanaan universiti kalis masa hadapan.
              Dalam hal yang sama, adaptasi pintar serta migrasi minda dan sikap ke arah pengukuhan
              aspek  penghasilan  perkhidmatan  berkualiti  dalam  segenap  ekosistem  tadbir  urus  UPNM
              dilihat  semakin  akrab  dalam  setiap  warga.  Pendirian  pragmatik  untuk  terus  mengekalkan
              relevansi sebagai entiti berautoriti dalam tujahan keselamatan dan pertahanan, dipasakkan
              dengan sepenuh tekad demi memastikan usaha transformasi UPNM ke tahap yang lebih
              membanggakan dapat dilaksanakan. Kesatuan yang mantap ini terus erat dan membangkitkan
              keteguhan dan kerukunan permuafakatan yang didasari kepada khidmat bakti demi mencapai
              visi dan misi Universiti dan seterusnya memperkukuh jenama serta reputasinya.

              Sebagai  sebuah  Universiti  Awam,  aspirasi  nasional  terus  dihayati  dan  dijadikan  tonggak
              yang melandasi hala tuju UPNM. Untuk itu, dasar-dasar utama di peringkat nasional dan




































              18   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24