Page 21 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 21

Laporan Naib Canselor

              badan  akreditasi  utama  iaitu  Agensi  Kelayakan
              Malaysia  (MQA),  Engineering  Accreditation  Council
              Malaysia (EAC), Malaysia Medical Council (MMC).
              MEMPERKUKUH  DAYA  UPAYA  PENYELIDIKAN
              DAN INOVASI
              Usaha  UPNM  dalam  mendaya  upaya  aspek
              penyelidikan  dan  inovasi  diteruskan  bagi  tahun  2021
              demi  untuk  memastikan  kelestarian  kecemerlangan
              Universiti  di  persada  arena.  Sepanjang  tahun  2021,
              UPNM  menerima  sebanyak  RM2,889,549.20  dengan
              70  projek  penyelidikan  diluluskan.  Dalam  aspek
              penerbitan,  UPNM  telah  berjaya  menghasilkan  1056
              penerbitan  yang  dihasilkan  oleh  penyelidik  UPNM.

              Tahun 2021 turut menyaksikan kejayaan manis dalam
              penyelidikan dan inovasi apabila UPNM buat pertama
              kalinya berjaya memperoleh penarafan Empat Bintang
              bagi  pencapaian  data  MyRA  (Malaysia  Research
              Assessment). Seiringan dengan itu juga, UPNM terus
              mencipta  kejayaan  dalam  pelbagai  pameran  dan
              ekspo penyelidikan berprestij di peringkat kebangsaan
              dan  antarabangsa.  Secara  kumulatif,  UPNM  telah
              memperolehi 1 Anugerah Khas, 8 Emas, 6 Perak dan
              4 Gangsa daripada pameran yang disertai antaranya,
              Malaysia  Technology  Expo  (MTE  2021),  ‘International
              Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX)
              2021’ dan ‘Seoul International Invention Fair (SIIF) 2021).
              Begitu juga, Pusat Kecemerlangan dan para penyelidik
              kita  terbukti  memiliki  keupayaan  dan  kapasiti  tinggi
              dalam  bidang  kepakaran  serta  inovasi,  sekaligus
              menawarkan  solusi  berasaskan  teknologi  tinggi  ICT
              melalui  kolaborasi  dengan  pelbagai  pihak.  Antara
              yang  paling  signifikan  dan  begitu  membanggakan
              adalah  pengiktirafan  yang  diterima  daripada  Cyber
              Security  Malaysia  (CSM)  yang  telah  memilih  produk
              SiberSasar: Cyber Range System for Cyber Battlefield
              Exercise sebagai pemenang ‘Cyber Security Innovation
              (Education)  of  the  Year  di  Malaysia  Cyber  Security
              Award 2021.
              CITRA MAHASISWA HOLISTIK

              Dengan  mengambil  kira  senario  pendidikan  tinggi
              nasional  dan  global,  UPNM  sentiasa  mengorak
              langkah  berani  dan  kekal  berpegang  teguh  kepada
              asas  penubuhan  Universiti  iaitu  melahirkan  graduan
              berkualiti  tinggi,  dengan  semangat  patriotisme  serta
              ketinggian jati diri sebagai anak watan yang sanggup
              berkorban jiwa raga demi agama, bangsa dan negara.
              Tunjang  prakarsa  dalam  memastikan  kejituan  kualiti


              20   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26