Page 189 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 189

Pembangunan Sumber Maklumat

              . PEMBANGUNAN SUMBER MAKLUMAT



































              PEMBANGUNAN SUMBER MAKLUMAT
              Situasi  pandemik  COVID-19  yang  perlu  dihadapi  dalam  tempoh  2  tahun  kebelakangan
              ini  membawa  impak  besar  kepada  negara,  namun  turut  menjadi  pemangkin  kelancaran
              sistem  penyampaian  perkhidmatan  kerajaan.  Ia  menuntut  sektor  awam  meningkatkan
              mutu penyampaian masing-masing melalui transformasi pendigitalan secara komprehensif.
              Melalui pendigitalan, perkhidmatan dapat ditawarkan kepada pelanggan secara dalam talian
              ataupun online menggunakan kemudahan capaian internet.

              Selaras  dengan  trend  semasa  serta  keperluan  pengguna,  pendigitalan  perkhidmatan
              merupakan  agenda  utama  kerajaan  bagi  mewujudkan  akses  yang  lebih  pantas  kepada
              perkhidmatan yang disediakan.
              Keperluan peningkatan infrastruktur dan infostruktur bagi perlaksanaan Digital Learning juga
              amat mendesak. Ini disebabkan sebelum pandemik, capaian kepada online learning hanya
              sekitar 20-30% sahaja. Kini, pelaksanaan online learning telah meningkat hampir kepada 100%
              termasuk peningkatan kerja-kerja secara online oleh Pensyarah dalam penyediaan bahan
              Pengajaran,  Pembelajaran  dan  Pentaksiran.  Ini  memberikan  cabaran  dalam  ketersediaan
              infrastruktur dan infostruktur ICT di Universiti.
              Justeru,  beberapa  inisiatif  telah  dilaksanakan  oleh  Bahagian  Teknologi  Maklumat  dan
              Komunikasi (BTMK) dengan memberi tumpuan peningkatan infrastruktur dan inforastruktur
              ICT di kampus UPNM.
              Peningkatan Infrastruktur ICT
              Projek naik taraf dan penggantian infrastruktur ICT di kampus UPNM telah dilaksanakan
              sepanjang tahun 2021 melalui peruntukan RMKe-12, Rolling Plan (RP1) 2021. Peningkatan
              ini sedikit sebanyak memberikan keselesaan para pelajar dan warga Universiti dalam proses
              pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  terutamanya  bagi  pelaksanaan  PdP  secara  hibrid.
              Antara objektifnya adalah;
              1.  Perluasan  perkhidmatan  rangkaian  tanpa  wayar  (Wi-Fi)  di  bangunan  asrama  dan
                  bangunan pentadbiran Kampus UPNM daripada 70% kepada 95% di kawasan tumpuan
                  warga kampus.

             188   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194