Page 193 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 193
Perpustakaan
. PERPUSTAKAAN
Tambah Baik Kemudahan dan Perkhidmatan
Dalam mengharungi cabaran masa kini terutama
ketika dunia masih bergelut dengan pandemik
COVID-19, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi
memperkukuhkan perkhidmatan dan kemudahan di
Perpustakaan bagi menyokong proses pengajaran,
pembelajaran, penyelidikan dan riadah warga
Universiti. Seperti tahun sebelumnya, Perpustakaan
Jeneral Tun Ibrahim (PJTI) masih menawarkan
beberapa perkhidmatan seperti program literasi
maklumat secara dalam talian, Librarian@
Whatsapp, akses koleksi kertas soalan dalam
talian, tempahan bahan menerusi “Click & Collect”,
promosi bahan menerusi “Click & Read”, Library@
YouTube dan Subject Guides.Sepanjang tahun 2021,
terdapat pembaharuan dilakukan. Antaranya:
Hari Isnin sebagai Hari Layan Diri
Bermula April 2021, PJTI telah memperkenalkan hari
Isnin sebagai hari layan diri iaitu kesemua proses
peminjaman dan pemulangan hendaklah dilakukan
dengan menggunakan mesin peminjaman
dan pemulangan layan diri yang disediakan
di Perpustakaan. Hal ini untuk mendidik para
pengguna agar dapat membiasakan diri dengan
kemudahan peminjaman dan pemulangan layan
diri yang telah disediakan sejak awal penubuhan
Perpustakaan ini. Dengan bantuan petugas kaunter
Sirkulasi, para pengguna akan diberi tunjuk ajar
tentang tatacara pemulangan dan pemulangan
layan diri yang lebih mudah dan efisien terutama
dalam situasi sekarang yang perlu meminimumkan
kontak bagi mengekang penularan COVID-19.
Kemudahan Pinjaman Beg
Kemudahan pinjaman beg ini mula diperkenalkan
pada tahun 2021 bagi memberi keselesaan
khususnya kepada pengguna yang membawa
barangan rujukan termasuk komputer riba masuk
ke dalam Perpustakaan. Dengan pengenalan
kepada kemudahan pinjaman beg ini, ia sekaligus
memudahkan pengguna yang terikat dengan Dasar
Perpustakaan yang tidak membenarkan sebarang
beg peribadi dibawa masuk bagi mengelakkan
kejadian tidak diingini seperti penyeludupan
makanan. Malahan, kemudahan pinjaman beg
ini juga turut disediakan kepada pengguna yang
membuat pinjaman buku dengan kuantiti yang
banyak. Kemudahan ini adalah percuma dan boleh
dimohon di Kaunter Sirkulasi PJTI.
192 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia