Page 196 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 196
Perpustakaan
Kempen Pinjam dan Menang
Bagi menggalakkan pinjaman buku di kalangan
warga UPNM, kempen Pinjam dan Menang telah
dilaksanakan dari 15 hingga 30 November 2021. Setiap
transaksi pinjaman buku sama ada menerusi mesin
peminjaman layan diri mahupun kaunter sirkulasi akan
berpeluang memenangi hadiah berupa barangan dari
penerbit buku dan pangkalan data.
PENGOPERASIAN PERPUSTAKAAN SEPANJANG
TEMPOH PANDEMIK
Pandemik COVID-19 menuntut pengaplikasian norma
baharu dalam pengoperasi perpustakaan. Sepanjang
tempoh ini menyaksikan beberapa perubahan
dilakukan mengikut keperluan semasa. Antara yang paling terkesan adalah waktu pengoperasi
Perpustakaan yang terikat dengan arahan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN). Secara
kebiasaannya, Perpustakaan beroperasi seperti biasa dari jam 08:00 pagi sehingga 05:00
petang kecuali jika terdapat arahan semasa yang perlu dipatuhi oleh Perpustakaan. Namun
begitu, dengan kemudahan teknologi yang sedia ada, Perpustakaan sentiasa bersedia
dengan kemudahan dan perkhidmatan dalam talian yang boleh diikuti oleh pengguna.
KONSORTIUM SUMBER ELEKTRONIK PENDIDIKAN TINGGI (KONSEP)
Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi (KONSEP) merupakan inisiatif yang
diwujudkan antara Bahagian Sitasi dan Infometrik (BSI) dan Jawatankuasa Ketua Pustakawan
Universiti Awam (JKPUA) bagi menyelesaikan kepada situasi peningkatan kos langganan
sumber elektronik di Universiti Awam (UA). Projek yang diketuai oleh Universiti Malaysia
Perlis (UniMAP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bertujuan untuk meluaskan akses kepada
sumber elektronik ilmiah dan berkualiti; meningkatkan penjimatan dan keberkesanan
kos langganan; dan meningkatkan perkongsian sumber ilmiah digital. Sebuah majlis
menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan 20 buah Universiti Awam
(UA) telah berlangsung pada 1 April 2021 di Dewan Zaaba, Kementerian Pengajian Tinggi,
Presint 5, Putrajaya. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr.
Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi yang turut hadir menyaksikan penandatanganan
MoU serentak 20 buah UA. Yang Berbahagia Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib
Canselor UPNM dan disaksikan oleh Yang Berusaha Encik Mohammed Dzulkarnain bin
Abdul Karim, Ketua Pustakawan PJTI telah menandantangani MoU tersebut serentak
bersama barisan kepimpinan UA lain.
LAPORAN TAHUNAN 2020 195
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia