Page 201 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 201
Penerbitan Ilmiah
. PENERBITAN ILMIAH
Fungsi Utama Penerbit UPNM
Menguruskan hal-hal percetakan dan menerbitkan buku-
buku ilmiah, jurnal, penerbitan berkala, prosiding, bahan
kuliah dan bahan-bahan ilmiah yang lain. Penerbit UPNM
juga bertanggungjawab dalam urusan penerbitan khas
unversiti seperti penerbitan buku bagi majlis konvokesyen
dan pertauliahan. Bagi membantu para pensyarah dalam
pemurnian hasil penulisan mereka. Penerbit UPNM juga
bertanggungjawab dalam menguruskan bengkel-bengkel
yang berkaitan dengan aktiviti penerbitan.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2008 hingga kini, Penerbit
UPNM telah menerbitkan lebih 87 judul buku pelbagai genre
termasuk penerbitan e-buku menggunakan platform yang
disediakan oleh pembekal yang dilantik. Buku-buku tersebut
diterbitkan bagi mencapai KPI Penerbit UPNM dan para
academia UPNM.
Penerbit UPNM telah mula menerbitkan judul-judul buku
secara dalam talian dengan kerjasama Xentral Methods
Sdn Bhd melalui platform e-sentral.com. Buku-buku terbitan
Penerbit UPNM boleh dibeli secara dalam talian melalui
platform Shopee, Penerbit UPNM.
Fungsi dan Peranan Penerbit UPNM
4 Menjadi agensi setempat bagi semua urusan penerbitan ilmiah bermula daripada
penerimaan manuskrip, semakan, penyuntingan, susun atur, penerbitan master copy,
mengatur penilaian karya oleh pakar bidang, reka bentuk naskhah, reka bentuk grafik,
penterjemahan, adaptasi teks, pendaftaran ISBN/ISSN/PDP sehinggalah ke urusan
percetakan dan pengedaran karya-karya ilmiah dan penyelidikan.
4 Menyelaras dan menganjurkan latihan/seminar/kursus/klinik yang berkaitan dengan
penerbitan seperti penyuntingan, penterjemahan, bengkel karya asli, penulisan makalah
jurnal, bengkel pruf dan klinik perundingan penerbitan karya-karya ilmiah.
4 Mengumpul, menyebar dan menerbitkan maklumat berkenaan dengan aspek penerbitan.
4 Membantu mengurus selia kepada aktiviti-aktiviti berkaitan penerbitan seperti Majlis
Syarahan Perdana, persidangan dan sebagainya.
Platform Penjualan Buku:
Shopee: https://shopee.com.my/penerbit upnm
E-Sentral: https://www.e- sentral.com/publishers/filter/7823
Facebook: UPNM Press
200 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia