Page 202 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 202

Penerbitan Ilmiah




              Buku Terbitan Tahun 2021

                                                Judul: Jejak Pertempuran Demi Negara
                                                ISBN: 978-967-2414-33-9
                                                Format/Bahasa: Bercetak/Bahasa Malaysia

                                                Pengarang: Abdul Rahman Alavi
                                                Ringkasan: Brigedier Jeneral Dato’ Muslim (bersara) melalui
                                                pelbagai  pengalaman  ketika  masih  dalam  perkhidmatan
                                                sewaktu  negara  berhadapan  peperangan  melawan
                                                insurgensi Komunis sehingga berakhirnya ancaman militan
                                                di akhir tahun 1989. Pendedahan ini telah membuka peluang
                                                beliau dipilih sebagai delegasi untuk meninjau kemudahan
                                                bagi menubuhkan Perkampungan Hutan di negara ini. Ilmu
                                                merupakan  hasil  proses  berfikir  yang  diperoleh  daripada
                                                pengalamana yang dijadikan pengetahuan. Kecemerlangan
                                                beliau  semasa  menimba  ilmu  dalam  kursus-kursus  di
                                                Malaysia  telah  memberi  peluang  kepada  beliau  untuk
                                                menimba  ilmu  dan  pengalaman  di  luar  negara  semasa
                                                berkursus atau berkhidmat di medan. Ditugaskan dalam dua
                                                misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan
                                                satu pengiktirafan yang membanggakan.




              Judul: Menjulang Kewajipan Maruah dan Integriti: Amanat
              Ulung Naib Canselor
              ISBN: 978-967-2414-35-3
              Format/Bahasa: Bercetak/Bahasa Malaysia
              Disusun oleh: Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi, Rafizul Rozlee,
              Siti Norhadar Taharuddin
              Ringakasan:  Landskap  pengajian  tinggi  yang  bersifat
              dinamik  menuntut  universiti  untuk  terus  tekal  dalam
              mendepani cabaran dan seterusnya memastikan relevansi
              sebagai sebuah gedung ilmu yang sentiasa lestari dengan
              bidang tujahan yang dipertanggungjawabkan. Moto UPNM:
              Kewajipan,  Maruah  dan  Integriti  membawa  makna  yang
              begitu besar dan menjadi asas kepada amanah kita di UPNM.
              Buku  ini  menunjukkan  komitmen  dan  tanggungjawab
              yang dipikul oleh seluruh warga UPNM dalam melahirkan
              graduan bakal pemimpin masa hadapan.















                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   201
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207