Page 194 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 194
Perpustakaan
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN
SEPANJANG TAHUN 2021
Program Literasi Maklumat
Sepanjang tahun 2021, sebanyak 106 sesi program
literasi maklumat dilakukan dan kebanyakan
adalah secara dalam talian. Program literasi
maklumat ini termasuklah konsultasi literasi
maklumat untuk kumpulan kecil, kelas literasi
maklumat untuk kumpulan besar, program literasi
dengan menjemput penceramah dari penerbit
pangkalan data dan webinar anjuran penerbit
pangkalan data. Seramai 1,396 orang peserta
telah menghadiri program literasi maklumat
anjuran PJTI bagi tahun 2021.
Pertandingan Deklamasi Puisi Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan
Pertandingan Deklamasi Puisi Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan 2021 ini
merupakan program julung kali diadakan dari 10 Mac hingga 23 April 2021. Ia adalah bagi
menyokong Dekad Membaca Kebangsaan 2030 dan pengiktirafan YBhg. Dato’ Dr. Anwar
Ridhwan sebagai Sasterawan@UPNM. Setiap fakulti dan pusat akademik dikehendaki
untuk menghantar dua orang wakil pelajar bagi menyertai pertandingan ini. Setiap peserta
dikehendaki untuk merakamkan video deklamasi puisi yang telah diberikan kepada mereka
dan hasil video tersebut akan diadili oleh juri yang dilantik oleh pihak Perpustakaan.
Pertandingan ini menyaksikan Muhammad Sahisal Adam bin Sahisal Aznoor dari Pusat
Asasi Pertahanan dinobat sebagai juara, manakala Nur Akidah Kasrin dari Fakulti Pengajian
& Pengurusan Pertahanan sebagai tempat kedua dan Muhammad Ikhwan Faiz bin Jamil dari
Akademi Kecergasan Pertahanan di tempat ketiga.
LAPORAN TAHUNAN 2020 193
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia