Page 184 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 184

Modal Insan Cemerlang

                 menambah pengetahuan dan kemahiran bagi memenuhi keperluan tuntutan semasa dalam
                 Universiti serta seterusnya memahami sepenuhnya modul kursus yang akan dibangunkan
                 di  Universiti.  Seramai  tiga  (3)  orang  staf  akademik  daripada  Fakulti  Sains  dan  Teknologi
                 Pertahanan telah diluluskan untuk mengikuti latihan tersebut bermula pada September 2021.
                 Senarai staf akademik yang terlibat adalah seperti di Jadual 57.

                  Jadual 57:   Senarai Staf Akademik yang Terlibat Program Teacher Training


                 Bil.                 Nama                            Tempat                  Bidang
                  1.          Ts. Suresh a/l Thanakodi           Eurecom, Perancis     Secure Communication
                  2.     Kapten Ts. Muhamad Lazim bin Talib      Eurecom, Perancis      Distributed Systems
                                                                                        and Cloud Computing
                  3.          Dr. Hassan bin Mohamed             Eurecom, Perancis      Security and Privacy
                                                                                       for Big Data and Cloud
                                                                                          Wireless Security

                 Secara  ringkasannya,  sepanjang  tahun  2021  seramai  tujuh  (7)  orang  staf  akademik  aktif
                 mengikuti Cuti Pasca Doktoral, Cuti Sabatikal dan Teacher Training. Perincian adalah seperti
                 di Jadual 58.

                 Jadual  58:  Bilangan  Keseluruhan  Staf  Akademik  yang  Mengikuti  Cuti  Pasca  Doktoral,  Cuti
                            Sabatikal dan Teacher Training


                      Pasca Doktoral            Sabatikal            Teacher Training
                     DN          LN          DN          LN          DN          LN           Jumlah
                      0           2           2           0           0           3              7

                 KEMUDAHAN STAF
                 Secara  umumnya  Pejabat  Pendaftar  merupakan  tunggak  serta  nadi  utama  bagi  segala
                 hal  ehwal  dalam  pengurusan  pentadbiran  Universiti  di  samping  bertanggungjawab  bagi
                 menyediakan  kemudahan  kepada  semua  kakitangan  UPNM.  Ini  merujuk  kepada  pelan
                 strategik Pejabat Pendaftar iaitu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang menepati
                 kepuasan pelanggan sebagai ‘the value customer’.
                 a)  Kemudahan Klinik Panel UPNM
                     Sehingga Disember 2021, UPNM telah melantik 69 buah Klinik Panel yang terletak di
                     sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Kadar rawatan
                     klinik panel UPNM masih kekal iaitu sebanyak RM60.00 untuk sekali rawatan. Kemudahan
                     tersebut  diberikan  kepada  semua  staf  UPNM  yang  layak  beserta  tanggungan  bagi
                     mendapatkan kemudahan rawatan ‘outpatient’.
                     Kemudahan ini merupakan satu opsyen kepada staf dan tanggungan untuk mendapatkan
                     rawatan di klinik panel selain mendapatkan rawatan di klinik / Hospital Kerajaan. Bagi
                     kes-kes kecemasan atau kritikal staf dan tanggungannya adalah dinasihatkan supaya
                     merujuk terus kepada Hospital Kerajaan. Walau bagaimanapun, ianya masih tertakluk
                     dalam peraturan Skim Kemudahan Perubatan Staf / Pesara.
                     Bahagian Pengurusan Sumber Manusia turut memperkenalkan Kad Perubatan Staf UPNM
                     dan setiap staf akan dibekalkan kad rawatan perubatan untuk memudahkan menerima
                     rawatan di klinik panel yang dilantik. Maklumat staf dan tanggungan akan dipaparkan
                     pada kad rawatan berkenaan sebagai usaha untuk membendung penyalahgunaan rekod
                     pesakit. Setiap staf hanya dihadkan untuk memilih sebanyak tiga (3) klinik panel sahaja.
                     Bagi staf yang mempunyai suami atau isteri yang bekerja di UPNM maka jumlah klinik
                     panel masih tetap sama iaitu tiga (3) sahaja.


                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   183
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189