Page 182 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 182

Modal Insan Cemerlang
























                 Pihak  Universiti  turut  menggalakkan  staf  untuk  menghadiri  kursus  anjuran  pihak  luar
                 (fungsian/generik) yang bersesuaian dan berkaitan dengan kompetensi staf mengikut gred
                 jawatan serta bidang tugas mereka.
                 Pada tahun 2021, sebanyak 144 kertas kerja telah dibentangkan dalam pelbagai persidangan
                 di dalam dan luar negara yang dihadiri oleh staf akademik. Perincian adalah seperti Jadual 52.

                  Jadual 52:   Persidangan yang Dihadiri oleh Staf Akademik Bagi Tahun 2021


                                                                                 Indeks
                                 Fakulti/Pusat
                                                               Scopus    Wos   MyCite   Prosiding  Jumlah
                               Fakulti Kejuruteraan               32      0       0         0        32
                   Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan    6       3       10       16        35
                      Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan      43      0       0         0        43
                    Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan    1       0       0         0         1
                             Pusat Asasi Pertahanan               16      1       1         2        20
                                 Pusat Bahasa                     5       0       3         1         9
                         Akademi Kecergasan Pertahanan            4       0       0         0         4
                                    Jumlah                       107      4       14       19        144

                 Latihan Jangka Panjang

                 UPNM sentiasa menyokong dan membuka peluang kepada staf untuk meningkatkan prestasi
                 dan kompetensi dalam pelaksanaan tugas melalui latihan jangka panjang. Antara latihan
                 yang ditawarkan ialah Cuti Belajar, Cuti Pasca Doktoral, Cuti Sabatikal dan Teacher Training.
                 Cuti Belajar
                 Skim  Latihan  Akademik  Bumiputera  (SLAB)  merupakan  skim  biasiswa  yang  dikhaskan
                 kepada semua institusi pengajian tinggi. Keutamaan pemberian kuota biasiswa SLAB adalah
                 kepada staf akademik bertaraf Bumiputera yang meneruskan pengajian di peringkat ijazah
                 lanjutan.  Manakala  Skim  Latihan  Akademik  (SLAI)  adalah  skim  biasiswa  yang  diberikan
                 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada semua institusi pengajian tinggi awam
                 mengikut kuota yang telah diluluskan. Penajaan ini juga diperuntukkan kepada staf akademik
                 untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah lanjutan.
                 Penajaan  Skim  Hadiah  Latihan  Persekutuan  (HLP)  dengan  kemudahan  Cuti  Belajar
                 Bergaji Penuh (CBBP) merupakan skim biasiswa yang diberikan oleh KPT khusus untuk
                 Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi melanjutkan pengajian di peringkat
                 ijazah lanjutan.


                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   181
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187