Page 185 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 185

Modal Insan Cemerlang

              b)  Kemudahan Bantuan Perbelanjaan Perubatan
                  Kemudahan perubatan yang diterima oleh staf UPNM turut melibatkan kes-kes khas
                  yang diluluskan melalui Jawatankuasa Perubatan Staf UPNM berdasarkan kepada syarat
                  dan peraturan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan.
              c)  Sistem Kehadiran Biometrik
                  Pengurusan Universiti telah bersetuju bagi kehadiran staf ke pejabat akan menggunakan
                  sistem yang baharu iaitu Sistem Kehadiran Biometrik. Sistem ini merupakan satu kaedah
                  untuk  mengecam  individu  berdasarkan  ciri-ciri  biologi  dan  tingkah  laku.  Penggunaan
                  teknologi biometrik yang digunapakai di UPNM ialah penggunaan cap jari dan imbasan
                  kad  staf  yang  mana  ianya  boleh  meningkatkan  tahap  keselamatan  dan  kualiti  sistem
                  penyampaian perkhidmatan. Teknologi biometrik berasaskan cap jari mengunakan imej optik
                  untuk mengenal pasti identiti melalui pattern-matching. Kaedah biometrik ini mempunyai
                  tahap ketepatan yang tinggi kerana setiap individu mempunyai cap jari yang berbeza.
                  Bagi  memastikan  sistem  ini  selari  dengan  perkembangan  semasa,  sistem  ini  telah
                  ditambahbaik  kepada  Sistem  e-Kehadiran  Versi  2.0  yang  telah  dilaksanakan  pada  3
                  September 2019. Sistem ini ditambahbaik bagi membolehkan pertukaran daripada satu
                  waktu bekerja (8.00 pagi hingga 5.00 petang) kepada waktu bekerja lebih dari satu waktu
                  yang diaplikasikan dalam sistem kehadiran sedia ada. Sistem e-Kehadiran Versi 2.0 ini
                  terdiri  daripada  waktu  bekerja  berperingkat  (WBB)  bagi  staf  bukan  akademik,  waktu
                  bekerja shift (WBS), waktu bekerja staf akademik (WBA), waktu bekerja staf akademik
                  yang memegang jawatan pentadbiran (WBAP), dan waktu bekerja Fleksi (WBF) untuk
                  jawatan  tertinggi  UPNM.  Pelaksanaan  Waktu  Bekerja  Fleksi  (WBF)  bagi  Staf  Bukan
                  Akademik  Universiti  Pertahanan  Nasional  Malaysia  juga  telah  dilaksanakan  pada  1
                  Oktober 2020 serta diadaptasi didalam sistem e-kehadiran ini. Sistem ini juga dilengkapi
                  dengan ciri-ciri keselamatan bagi melindungi maklumat peribadi staf. Selain itu, sistem
                  ini juga meliputi borang-borang secara atas talian berkaitan borang keluar pejabat tidak
                  rasmi, borang bertugas rasmi dan justifikasi lewat atas talian.
                  Sebagai salah satu usaha ke arah menerapkan budaya kerja yang cemerlang dan bagi
                  memastikan setiap pegawai mempunyai tahap integriti dan disiplin yang tinggi, semua
                  pegawai di UPNM adalah diwajibkan menggunapakai sepenuhnya Sistem Kehadiran
                  Biometrik yang telah disediakan berkuatkuasa sejak 1 Ogos 2015.
              d)  Kemudahan Kasut Seragam bagi Kumpulan sokongan
                  Sepanjang tahun 2021, UPNM turut menyediakan kemudahan kasut seragam kepada
                  staf Kumpulan Pelaksana (Bukan Akademik) berdasarkan kepada peruntukan Pekeliling
                  Kerajaan yang bertujuan sebagai pengenalan diri dan perlindungan serta menampilkan
                  keterampilan dan imej UPNM. Jadual 59 di bawah merupakan statistik data kumpulan
                  staf yang menerima kemudahan ini bagi tahun 2021.


               Jadual 59:   Statistik Data Kumpulan Staf yang Menerima Kemudahan Ini Bagi Tahun 2021


               Bil.                 Jawatan                     Jumlah Pegawai    Kuantiti yang dibekalkan
               1.                Juru X-Ray (U29)                      1
               2.            Jurupulih Perubatan (U29)                 1
               3.                Jururawat (U29)                       6            1 pasang Kasut setiap

               4.           Juruteknik Elektrik J17 (KUP)              1                  orang
               5.              Juruteknik J17 (KUP)                    1
               6.           Juruteknik Komputer (FT19)                 8



             184   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190