Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 134

133
Laporan Tahunan 2013
UPNM
l)
Rosot nilai Aset
Pada setiap tarikh lembaran imbangan, Kumpulan mengkaji semula nilai di bawa bagi aset-asetnya
untukmenentukan sama ada terdapat sebarang petunjuk kemerosotan nilai. Jika sebarang petunjuk
wujud, rosot nilai dikira dengan membandingkan nilai dibawa aset dengan amaun boleh pulih.
Amaun boleh pulih adalah nilai tertinggi di antara harga jualan bersih dan nilai dalam penggunaan,
yang diukur dengan merujuk kepada aliran tunai hadapan yang didiskaun.
Kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan serta merta,
melainkan aset tersebut dibawa pada jumlah penilaian semula. Sebarang kerugian kemerosotan
aset yang dinilai semula akan dikurangkan setakat lebihan penilaian semula yang masih belum
digunakan bagi aset yang sama.
m)
Penghutang
Penghutang dibawa pada nilai yang dijangka boleh direalisasi. Hutang lapuk dihapus kira apabila
dikenal pasti. Anggaran dibuat bagi hutang ragu berdasarkan kajian semula semua jumlah
tertunggak pada tarikh lembaran imbangan.
n)
Peruntukan Liabiliti
Peruntukan bagi liabiliti diiktiraf apabila Kumpulan mempunyai obligasi kini hasil daripada
peristiwa lampau dan adalah berkemungkinan bahawa aliran keluar sumber yang mengandungi
manfaat ekonomi yang diperlukan untuk menyelesaikan obligasi tersebut dan jumlah anggaran
yang munasabah boleh dibuat.
Peruntukan dikaji semula pada setiap tarikh lembaran imbangan dan diselaraskan untuk
menggambarkan anggaran semasa yang terbaik. Di mana kesan nilai masa wang adalah
material, jumlah peruntukan adalah nilai kini perbelanjaan yang dijangka akan diperlukan untuk
menyelesaikan obligasi tersebut.
o)
Pertukaran Mata Wang Asing
Urus niaga dalam mata wang asing pada mulanya dicatatkan dalam Ringgit Malaysia pada kadar
pertukaran yang berkuat kuasa pada tarikh transaksi. Pada setiap lembaran imbangan, pertukaran
mata wang asing bagi item monetari diterjemahkan ke dalam Ringgit Malaysia pada kadar
pertukaran yang berkuat kuasa pada tarikh berkenaan. Item bukan monetari pada permulaannya
didominasi dalam mata wang asing, yang dibawa pada kos sejarah diterjemahkan menggunakan
kadar sejarah pada tarikh pengambilalihan. Semua perbezaan kadar pertukaran diiktiraf dalam
penyata pendapatan.
Prestasi Kewangan
1...,124,125,126,127,128,129,130,131,132,133 135,136,137,138,139,140,141,142,143,144,...146
Powered by FlippingBook