130
Laporan Tahunan 2013
UPNM
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN - 31 DISEMBER 2013
1.
MAKLUMAT UMUM
a)
Penubuhan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera
Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang menjalankan program pengajian di
peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia
(ATM). Pada 10 November 2006 ATMA telah diwartakan sebagai UPNMmelalui warta kerajaan P.U.
(A) 400 bertarikh 9 November 2006.
b)
Aktiviti Utama
UPNM adalah sebuah Universiti yang mengkhusus dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi
Pertahanan yang dapat di aplikasi kepada aset pertahanan Negara seperti kapal tentera laut,
pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
c)
Penyata kewangan ini telah disediakan dalam mata wang Ringgit Malaysia (“RM”).
d)
Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 telah di bentang dan diluluskan oleh
Lembaga Pengarah Universiti pada 16 Jun 2014.
2.
DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING
a)
Asas Perakaunan
Penyata Kewangan UPNM disediakan berdasarkan konvensyen kos sejarah dan mengikut piawaian
perakaunan Private Entity Reporting Standards (PERS) yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian
Perakaunan Malaysia (MASB) dengan pengubahsuaian dibuat mengikut kesesuaian peruntukan
yang telah ditetapkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1997.
b)
Pengiktirafan Pendapatan
i)
Geran Kerajaan untuk belanja mengurus diambilkira sebagai pendapatan dalam Penyata
Pendapatan mengikut asas pengakruan. Geran Kerajaan untuk projek pembangunan diiktiraf
sebagai Geran Kerajaan Tertunda dan dilunaskan mengikut susutnilai projek yang telah siap,
aset yang dibeli dan belanja pakai habis.
ii) Pendapatan faedah diiktiraf berasaskan akruan. Faedah simpanan tetap daripada Tabung
akan diagihkan sebagai pendapatan tabung-tabung berkenaan, sekiranya pelaburan dibuat
dari peruntukan tabung tersebut. Bagi pelaburan simpanan tetap yang lain, pendapatan
diambilkira dalam Penyata Pendapatan.
iii) Pendapatan dari yuran dan lain-lain pendapatan tidak ada arahan amanah khusus dianggap
sebagai pendapatan Universiti.
iv) Yuran pengajian perlu dibayar setiap semester. Hanya yuran semester yang berkaitan dengan
tahun kewangan semasa diambil kira sebagai pendapatan.
c)
Hartanah, Loji dan Peralatan
Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos setelah ditolak susut nilai terkumpul kecuali bagi
tanah milik bebas. Pembelian harta modal yang berharga RM3,000 dan ke atas bagi setiap unit
manakala pembaikan bangunan yang kosnya melebihi RM50,000 akan dipermodalkan.
Keuntungan atau kerugian atas pelupusan hartanah, loji dan peralatan adalah ditentukan dengan
membandingkan perolehan dengan nilai dibawa harta di mana perbezaannya akan diambil kira
sebagai keuntungan atau kerugian dari operasi.
Prestasi Kewangan