Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 133

132
Laporan Tahunan 2013
UPNM
g)
Pembinaan dalam kemajuan
Pembinaan dalam kemajuan yang dilakukan oleh Universiti akan dimodalkan dalam hartanah, loji
dan peralatan setalah pendapat sijil perakuan layak menduduki (Certificate of Fitness (CF)). Susut
nilai tidak dikenakan ke atas bangunan yang masih dalam pembinaan.
h)
Pemiutang
Si piutang dinyatakan pada kos iaitu nilai saksama jumlah yang akan dibayar pada masa depan
untuk belian dan perkhidmatan yang diterima.
i)
Tunai dan Tunai Setara
Penyata aliran tunai telah disediakan menggunakan kaedah tidak langsung. Tunai dan tunai setara
terdiri daripada tunai di tangan dan di bank dan simpanan tetap dengan bank berlesen dan institusi
kewangan yang mempunyai kecairan tinggi yang mana tidak mempunyai risiko ketara dalam
perubahan nilainya.
j)
Kaedah Penyatuan
Penyata kewangan yang disatukan termasuk penyata kewangan syarikat dan subsidiarinya.
Subsidiari adalah entiti di mana Kumpulan mempunyai kuasa untuk melaksanakan kawalan ke atas
polisi-polisi kewangan dan operasi untuk memperoleh manfaat daripada aktiviti-aktiviti mereka.
Syarikat subsidiari disatukan dengan menggunakan kaedah pengambilalihan perakaunan. Di
bawah kaedah pengambilalihan perakaunan, keputusan syarikat subsidiari yang diambil alih atau
dilupuskan di dalam tahun kewangan dimasukkan ke dalam penyata pendapatan yang disatukan
dari tarikh pengambilalihan atau sehingga tarikh kuat kuasa pelupusan mengikut kesesuaian.
Aset-aset dan liabiliti syarikat subsidiari dinilai pada nilai saksama pada tarikh pengambilalihan.
Perbezaan antara kos pengambilalihan dan nilai saksama bahagian Kumpulan dalam aset bersih
syarikat subsidiari yang diambil alih pada tarikh pengambilalihan dimasukkan dalam lembaran
imbangan disatukan sebagai muhibah atau muhibah negatif yang timbul dalam penyatuan.
Urus niaga antara Kumpulan, baki adalah keuntungan tidak direalisasi dihapuskan semasa
penyatuan dan penyatuan penyata kewangan mencerminkan urus niaga luaran sahaja. Kerugian
tidak direalisasi dihapuskan semasa penyatuan melainkan kos tidak boleh diperoleh semula.
Keuntungan atau kerugian daripada pelupusan syarikat subsidiari adalah perbezaan di antara
hasil pelupusan bersih dan bahagian Kumpulan dalam aset bersih berserta dengan sebarang baki
muhibah yang belum dilunaskan dan perbezaan pertukaran.
Kepentingan minoriti dalam lembaran imbangan disatukan terdiri daripada minoriti daripada
nilai saksama aset dan liabiliti dikenal pasti yang diperoleh pada tarikh pengambilalihan bahagian
minoriti dalam perubahan ekuiti syarikat subsidiari sejak itu.
k)
Syarikat Subsidiari
Pelaburan di dalam syarikat subsidiari dinyatakan pada kos tolak kerugian kemerosotan nilai. Dasar
untuk pengiktirafan dan penilaian kerugian rosot nilai adalah mengikut Nota 2(l) kepada penyata
kewangan. Pada pelupusan pelaburan tersebut, perbezaan di antara hasil pelupusan bersih dan
nilai dibawa diiktiraf dalam penyata pendapatan.
Prestasi Kewangan
1...,123,124,125,126,127,128,129,130,131,132 134,135,136,137,138,139,140,141,142,143,...146
Powered by FlippingBook