Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 132

131
Laporan Tahunan 2013
UPNM
d)
Susut nilai
Susut nilai Hartanah, Loji dan Peralatan dikira mengikut kaedah garis lurus berdasarkan jangkaan
hayat aset berkenaan dan dikenakan kepada kumpulan masing-masing. Tanah hak milik bebas
tidak dilunaskan.
Kadar susut nilai adalah seperti berikut:-
Bangunan & Ubahsuai
2%
Kemudahan/Infrastruktur
10%
Kenderaan
20%
Perabot & Buku teks untuk rujukan
20%
Alat Kelengkapan yang lain
25%
e)
Manfaat Pekerja
i)
Manfaat Jangka Pendek
Upah, gaji, bonus dan sumbangan keselamatan sosial dikira sebagai perbelanjaan dalam
tahun di mana perkhidmatan berkaitan diberikan oleh pekerja. Pengumpulan ganti rugi
jangka pendek bagi ketidakhadiran seperti cuti tahunan bergaji akan diambil kira apabila
perkhidmatan diberikan oleh pekerja di mana hak mereka terhadap ganti rugi ketidakhadiran
di masa hadapan akan meningkat dan ganti rugi jangka pendek yang tidak dikumpulkan di
atas ketidakhadiran seperti cuti sakit akan dikira apabila ketidakhadiran berlaku.
ii) Manfaat Jangka Panjang
Pengumpulan jangka panjang ganjaran ketidakhadiran seperti cuti tahunan berbayar
akan diambil kira apabila perkhidmatan telah diberikan oleh pekerja yang mana telah
meningkatkan hak mereka ke atas ganjaran ketidakhadiran di masa hadapan.
iii) Pelan Sumbangan Terancang
Sepertidiperuntukkanolehundang-undang, semuaperbadanandiMalaysiamembuat sumbangan
kepada skim pencen, dan kumpulan wang simpanan pekerja. Sumbangan tersebut diambil kira
sebagai perbelanjaan di dalam Penyata Pendapatan apabila perbelanjaan tersebut dilakukan.
f)
Cukai
UPNM adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan atas pendapatannya di bawah perenggan
13 Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967 kecuali bagi pendapatan dividen.
Cukai pendapatan syarikat subsidiari atas keuntungan atau kerugian untuk tahun semasa terdiri
daripada cukai semasa dan cukai tertunda. Cukai semasa adalah jumlah jangkaan cukai pendapatan
yang perlu dibayar berhubung dengan keuntungan boleh cukai bagi tahun semasa dan dikira
menggunakan kadar cukai yang telah digubal pada tarikh lembaran imbangan.
Cukai tertunda diperuntukkan menggunakan kaedah liabiliti, ke atas perbezaan sementara pada
tarikh lembaran imbangan di antara asas cukai aset dan liabiliti dan nilai dibawa di dalam penyata
kewangan. Pada dasarnya, liabiliti cukai tertunda diiktiraf bagi semua perbezaan sementara boleh
cukai. Aset cukai tertunda pula diiktiraf bagi perbezaan sementara boleh ditolak, kerugian cukai
belum digunakan dan kredit cukai yang tidak digunakan pada tahap di mana ia berkemungkinan
bahawa keuntungan boleh di cukai pada masa hadapan boleh digunakan. Cukai tertunda tidak
diiktiraf jika perbezaan sementara timbul daripada muhibah atau muhibah negatif atau daripada
pengiktirafan awal sesuatu aset atau liabiliti dalam urus niaga yang bukan kombinasi perniagaan dan
pada masa urus niaga, tidak menjejaskan keuntungan perakaunan atau keuntungan boleh cukai.
Cukai tertunda dikira pada kadar cukai yang dijangka akan digunakan dalam tempoh di mana
aset direalisasi atau liabiliti diselesaikan, berdasarkan kadar cukai yang telah digubal atau digubal
sebahagian besarnya pada tarikh lembaran imbangan. Cukai tertunda diiktiraf di dalam penyata
pendapatan, kecuali apabila ia timbul daripada urus niaga yang diiktiraf secara langsung dalam
ekuiti, di mana cukai tertunda juga diiktiraf secara langsung dalam ekuiti, atau apabila ia timbul
daripada kombinasi perniagaan yang merupakan pengambilalihan, dalam mana cukai tertunda
dimasukkan ke dalam muhibah yang terhasil dan muhibah negatif.
Prestasi Kewangan
1...,122,123,124,125,126,127,128,129,130,131 133,134,135,136,137,138,139,140,141,142,...146
Powered by FlippingBook