Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 144

143
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Satu kes obligasi perundangan yang dibawa oleh DC Contractor Sdn. Bhd. selaku Plaintif ke Mahkamah Tinggi berserta tuntutan
kewangan yang diklasifikasikan sebagai tanggungan kontinjen (Contingent Liability) bagi kes penamatan kontrak projek Naik taraf
dan Penambahbaikan Balai Pengawal, Pondok Pengawal dan Stor Senjata, Jalan Masuk Utama UPNM, Kem Sungai Besi Kuala
Lumpur.
Pihak plaintif menuntut bahawa penamatan kontrak yang dilakukan oleh pihak defendan adalah tidak sah dan tidak mematuhi
klausa kontrak. Oleh yang demikian, pihak plaintif menuntut ganti rugi di atas pecah kontrak yang berlaku.
Writ saman telah difailkan oleh plaintif pada 12 April 2011 dan kes ini telah melalui fasa perbicaraan beberapa kali serta diambil
keterangan oleh saksi-saksi kedua-dua pihak.
Pada 28 Februari 2014, Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan seperti berikut:
i.
Deklarasi bahawa tiada penamatan yang sah wujud ke atas kontrak UPNM/JPP/T/15-09 bertarikh 11 Januari 2010;=
ii.
Bahawa Jaminan Insurans Bayaran Bon Perlaksanaan dan Wang Pendahuluan yang dikeluarkan oleh Malaysian
Assurance Alliance Berhad dengan Polisi No. 010900122100-00 dan 0109900122104-00 dikembalikan kepada Plaintif;
iii.
Ganti rugi pecah kontrak sebanyak RM2,719,593.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif;
iv.
Faedah pada kadar 5% setahun daripada tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh;
v.
Tuntutan Balas Defendan terhadap Plaintif ditolak; dan
vi.
Kos sebanyak RM70,000.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif.
Walau bagaimanapun, UPNM telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan melalui peguampanel UPNMTetuan AdamAbdullah
& Mani pada 25 Mac 2014.
Rayuan UPNM ini masih belum ditetapkan tarikh pendengarannya kerana pihak peguam masih menunggu nota keterangan dan
alasan penghakiman daripada Mahkamah Tinggi bagi tujuan penyediaan dan rekod rayuan.
24.
TANGGUNGAN KONTINJEN
Prestasi Kewangan
1...,134,135,136,137,138,139,140,141,142,143 145,146
Powered by FlippingBook