L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
66
Ketenteraan
K e t e n t e r a a n
Gambarajah 1: Kekuatan Jurulatih dan Staf ALK tahun 2010
Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM merupakan satu entiti dipertanggungjawab-
kan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyelaras latihan Pegawai Kadet dari
tiga-tiga cabang perkhidmatan dan Pegawai Kadet PALAPES. Dibentuk sebagai badan
penghubung dan informasi di antara UPNM dengan Kementerian Pertahanan, ALK
berperananmemastikan polisi angkatan tentera selari dengan tujuan sebenar penubuhan
UPNM melahirkan pemimpin berkarekter. Selain itu, ALK juga bertanggungjawab selaku
koordinator latihan dengan pusat-pusat latihan angkatan tentera dan agensi kerajaan
yang lain.
ALK sepertimana tahun sebelumnya masih bertindak melaksanakan tanggungjawab
merangkumi tiga aspek utama iaitu pentadbiran, latihan dan lojistik.
Pentadbiran
Keanggotaan
Pada tahun 2010, kekuatan keseluruhan anggota Jurulatih dan Staf ALK adalah seramai
56 Pegawai dan 202 Lain-Lain Pangkat.