Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 74

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
73
Ketenteraan
Latihan Tunas Wira (LTW)
Latihan Tunas Wira telah dilaksanakan khusus kepada bakal Pegawai Kadet Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia bagi pengambilan 10/11. Latihan ini telah dilaksanakan
secara intensif dalam jangka masa 6 minggu iaitu mulai 24 Mei hingga 3 Julai 10. Latihan
ini membabitkan seramai 377 orang Bakal Pegawai Kadet. LTW ini dilaksanakan untuk
menukarkan watak bakal Pegawai Kadet dari aspek sikap dan perwatakan awam
kepada tentera terutama di dalam menepati masa dan kepatuhan kepada arahan-
arahan pihak atasan di samping membina kekuatan fizikal dan mental melalui kaedah
peningkatan secara berkala. Sepanjang latihan, seramai 37 Bakal Pegawai Kadet telah
gagal mengikuti latihan tersebut dan hanya seramai 340 orang sahaja yang berjaya
menamatkan latihan serta layak dilantik menjadi Pegawai Kadet Pengambilan 10/11.
Latihan Ketenteraan Umum (LKU)
Latihan ketenteraan ini dilaksanakan untuk Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia tahun 1, tahun 2, tahun 3 dan tahun 4. Kelas ketenteraan telah dibahagikan
mengikut tahun pengambilan Pegawai Kadet. Latihan Ketenteraaan ini dilaksanakan di
dalam 2 semester sepanjang tahun 2010 dan juga pada sebelah petang hari Jumaat dan
hari Sabtu pada setiap minggu semasa semester akademik.
Gambarajah 4: Latihan Ketenteraan Umum
1...,64,65,66,67,68,69,70,71,72,73 75,76,77,78,79,80,81,82,83,84,...145
Powered by FlippingBook