Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 71

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
70
Ketenteraan
Pembangunan Jurulatih ALK
Untuk pembangunan ilmiah serta tahap pengetahuan kejurulatihan, selain daripada
kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat ATM dan bengkel yang dianjurkan oleh
universiti, jurulatih juga diwajibkan mengikuti Kursus Penataran Jurulatih pada 12 hingga
16 Julai 2010 yang melibatkan seramai 22 Pegawai dan 48 PTT Kanan bertempat di Kem
Kongkoi, Negeri Sembilan. Tujuan latihan adalah sebagai pendedahan serta mengkaji
semula silibus-silibus latihan Pegawai Kadet UPNM.
K
ursus/seminar Pegawai Kadet di Luar Negara
Pada Tahun 2010, universiti ini telah menghantar 2 Pegawai Kadet bagi menghadiri kursus/
seminar ketenteraan di luar negara.
Pegawai Kadet Gunarajah a/l Ganeswaran (pengambilan 2008) mengikuti Kursus Pegawai
Kadet di Australia Defence Force Academy, Canberra, Australia mulai Jan 2010 hingga
Jan 2013.
Pegawai Kadet Marjaie bin Ramli (pengambilan 2007) menghadiri Seminar National
Defence Akademi di Yukosuka, Jepun mulai 2 hingga 10 Mac 2010.
Pentauliahan Diraja
Pegawai Kadet UPNM yang tamat latihan ketenteraan dan pengajian akademik di UPNM
pada tahun 2010 melibatkan seramai 298 orang Pegawai Kadet. Mereka terdiri daripada
Pegawai Kadet Pengambilan 2004 seramai 20 orang, Pegawai Kadet Pengambilan 2005
seramai 134 orang dan Pegawai Kadet Pengambilan 2006 seramai 144 orang. Pegawai-
Pegawai Kadet ini telah mengikuti pelbagai jurusan sepanjang pengajian mereka di
1...,61,62,63,64,65,66,67,68,69,70 72,73,74,75,76,77,78,79,80,81,...145
Powered by FlippingBook