Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 76

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
75
Gambarajah 6: Kedudukan Batalion Terbaik Pegawai Kadet UPNM Tahun 2010.
Anugerah Batalion Diraja UPNM
Kriteria untuk anugerah Batalion Diraja melibatkan sistem merit melalui kejayaan dalam
penglibatan sukan permainan dan sukan ketenteraan, penglibatan dengan aktiviti-aktiviti
universiti, pengurusan dan pentadbiran pegawai Kadet di Batalion. Pada tahun 2010,
Batalion Jebat telah dianugerahkan Batalion Diraja.
Ketenteraan
UJIAN KECERGASAN JASMANI
Latihan Renang Pegawai Kadet
Latihan Renang sentiasa mengikut jadual renang yang dikeluarkan oleh Cawangan
Jasmani. Hasil dari latihan tersebut, ramai Pegawai Kadet yang telah berjaya dan lulus di
dalam ujian yang dijalankan.
Ujian Kecergasan Asas Pegawai Kadet (UKA)
UKA Penggal Pertama telah dilaksanakan pada 15 Feb 2010 dan UKA Penggal Kedua
telah dilaksanakan pada 20 Mei 2010. Ujian ini bagi menentukan tahap kecergasan setiap
Pegawai Kadet mencapai piawaian sebagaimana yang telah ditetapkan.
BMI Pegawai Kadet
Latihan intensif telah direncanakan khas kepada Pegawai Kadet yang mempunyai Body
Mass Index (BMI) melebihi kadar index 25. Latihan ini dijalankan pada setiap hari isnin
hingga khamis jam 1730H hingga 1900H.
1...,66,67,68,69,70,71,72,73,74,75 77,78,79,80,81,82,83,84,85,86,...145
Powered by FlippingBook