Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 77

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
76
Latihan Jasmani dan Sukan Petang Staf
Sukan staf diadakan pada setiap hari Jumaat jam 1500 hingga 1615 dan Latihan Jasmani
pada hari Rabu jam 1700 hingga 1830. Latihan ini melibatkan semua anggota ALK.
Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS)
Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS) telah mula diperkenalkan di Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia pada 14 Ogos 2009. Tujuan latihan ini adalah untuk memastikan
Pegawai Muda yang bakal dikeluarkan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
mempunyai kelayakan tali pinggang hitam TTS, mampu untuk mempertahankan diri dan
negara disamping memupuk semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi. Aktiviti TTS juga
turut dikreditkan ke atas setiap Pegawai kadet UPNM. TTS merangkumi latihan Taekwando
yang diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara. Dengan adanya latihan TTS, mampu menambah
pingat yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).
Untuk tujuan pembelajaran, Pihak Bahagian Pembangunan Latihan dan Ketenteraan
(BPLK), UPNM telah menjalin hubungan yang baik bersama Pusat Latihan Kor Polis Tentera
Diraja (PULAPOT) yang bertempat di Kem Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur. Hasil
kerjasama yang telah dijalankan, silibus pembelajaran yang diajar kepada Pegawai
kadet UPNM adalah berdasarkan silibus PULAPOT dan kenaikan gred tali pinggang juga
diuji oleh Penguji yang berkelayakan dari PULAPOT dan Persatuan Taekwando Malaysia
(WTF). Kumpulan Jurulatih terbahagi kepada dua bahagian iaitu PULAPOT dan Kelab
Cemerlang yang merupakan bekas-bekas Jurulatih TTS dan mempunyai pengalaman
yang luas di dalam bidang ini. Jumlah kekuatan jurulatih yang dilantik adalah seramai 30
orang.
Gambarajah 7: Pencapaian TTS Tahun 2010
Malaysia Book of Record. Pada 8 Oktober 2010,
UPNM telah berjaya memecahkan rekod peserta
teramai iaitu seramai 1400 Pegawai Kadet
bertempat di Pavillion UPNM
Seramai 1130 Orang Pegawai Kadet telah
melaksanakan kenaikan gred tali pinggang putih
ke tali pinggang kuning
Pengambilan 2006 seramai 286 telah berjaya
menamatkan pengajian dengan memiliki tali
pinggang kuning
PENCAPAIAN
TTS
Ketenteraan
1...,67,68,69,70,71,72,73,74,75,76 78,79,80,81,82,83,84,85,86,87,...145
Powered by FlippingBook