Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 57

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
56
Konvokesyen
K o n v o k e s y e n
Konvokesyen UPNM 2010
Pada tanggal 10 Oktober 2010 UPNM mencatatkan sejarah paling penting dalam
penubuhan sesebuah universiti apabila Majlis Konvokesyen Pertama UPNM telah berjaya
dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang. Acara penuh istiadat dan gilang-
gemilang ini telah diadakan di Dewan Tun Templer, MTD-UPNM. Dalam majlis tersebut tiga
upacara penting telah berlangsung iaitu Istiadat Pemasyhuran Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan
Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai Canselor yang pertama, Perisytiharan Pelantikan
Pro Canselor oleh Tuanku Canselor dan seterusnya Istiadat Konvokesyen Pertama. Majlis
penuh istiadat yang berlangsung turut disaksikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong Tuanku Nur Zahirah, Menteri Pertahanan, Menteri Pengajian Tinggi, tetamu-tetamu
kenamaan, tetamu IPTA dan seluruh warga UPNM.
Pro Canselor UPNM yang pertama merupakan dua orang tokoh penting dalam negara
iaitu Yang Teramat Mulia Brigadier Jeneral Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Ke
bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mua’adzam Shah dan
Jeneral Tan Sri Dato’ Mohamed Ghazali bin Dato’ Mohamed Seth (Bersara).
Majlis Konvokesyen Pertama ini menyaksikan Tuanku Canselor berkenan mengurniaan
ijazah kepada 150 orang graduan sulung UPNM di dalam pelbagai bidang
pengkhususan yang merangkumi 148 graduan Sarjana Muda dan 2 graduan
Sarjana. Seramai 4 orang graduan terpilih berdasarkan kepada pencapaian
akademik, ketenteraan dan sahsiah untuk masing-masing menerima Anugerah
1...,47,48,49,50,51,52,53,54,55,56 58,59,60,61,62,63,64,65,66,67,...145
Powered by FlippingBook