Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 49

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
48
PEMBANGUNAN PELAJAR SISWAZAH
Kolokium Siswazah
Kolokium Siswazah telah dilaksanakan sebanyak tiga kali sepanjang tahun 2010. Kolokium
pertama diadakan pada 15 Januari 2010, seterusnya pada 26 Mei 2010 dan untuk kali
ketiga telah diadakan pada 23 dan 24 November 2010. Setiap pelajar Sarjana dan Doktor
Falsafah diwajibkan membentangkan kemajuan penyelidikan masing-masing. Setiap
pembentangan dinilai dan penilai memberikan komen untuk memperbaiki kelemahan
yang ada dan memberi idea-idea yang baik untuk memantapkan lagi tesis masing-
masing.
Kelas Research Methodology
Untuk tahun 2010, kelas ResearchMethodologydiadakan setiapminggu yangdisampaikan
oleh beberapa orang pensyarah yang memberikan khidmat mereka secara sukarela.
Kelas ini dilaksanakan sebagai satu platform untuk memberi pendedahan awal dan
membantu pelajar-pelajar siswazah memantapkan kaedah penyelidikan serta kaedah
penulisan tesis yang baik dan sempurna.
Aktiviti/Promosi
The 4
th
International Conference on Postgraduate Education (ICPE-4) telah dianjurkan oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) dan Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS) pada 26 hingga 28 November 2010.
Seramai 10 orang pelajar UPNM telah terlibat menjayakan ICPE-4. Tujuh daripadanya
menyertai pertandingan poster manakala tiga orang terlibat dengan pembentangan
oral. Seramai lima orang pensyarah UPNM juga telah menghadiri konferensi ini. Seorang
pelajar telah memenangi kategori pembentangan oral terbaik iaitu Norliza Hussein.
Senarai penuh pelajar yang terlibat adalah sebagaimana berikut:
Peringkat
Program/ Aktiviti
Bil.
Tajuk Poster/ Oral
Sarjana
Sarjana
Sarjana
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah
Sarjana
Sarjana
Lim Shiang Cheng
Wong Chooi Ye
Daarul Muqaamah Masaud
Norliza Hussein
Ahmad Humaizi Hilmi
Agusril
Ahmad Loqman bin Mazuki
Mohd. Hakimi Azmi
Critical Human Security - Impact
of HIV/AIDS at Vulnerable Women
in Malaysia
Implementation Sun Tzu’s the
Art of War by America in
Afghanistan War
Emissions Estimate Profiling
Methodology from Marine Vessels
Forecasting of the Malaysian
Armed Forces (MAF) Future
Capability
Review on Smooth Particle
Hydrodynamics (SPH) in Blast
Wave Simulation
Simulation Analysis of a Foldable
Carbon Fiber Reinforced
HoneyComb Sandwich Composite
Bridge
Appling Kalman Filter for Tracked
Unmanned Ground Vehicle (UGV)
Positioning Tracking
The Design of Telescopic Bridge
Launching System
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Mahasiswa Berkualiti
Jadual 17
1...,39,40,41,42,43,44,45,46,47,48 50,51,52,53,54,55,56,57,58,59,...145
Powered by FlippingBook