Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 41

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
40
Mahasiswa Berkualiti
Atas dasar keprihatinan, sekretariat sekali lagi menganjurkan program derma
darah siri ke-4 di Pusat Darah Negara pada bulan Ramadan yang juga mendapat
sambutan hangat daripada warga kampus UPNM. Sesungguhnya usaha ini juga
secara tidak langsung memartabatkan warga kampus sebagai warga yang prihatin
dan membentuk semangat kesukarelawanan yang tinggi.
7) Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Piala Naib Canselor UPNM 2010
31 Julai - 1 Ogos / Padang Ragbi, UPNM - Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Piala Naib
Canselor UPNM 2010 telah dilangsungkan buat julung-julung kalinya oleh Pusat Sukan
UPNM ini telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 16 pasukan, iaitu 8 pasukan
IPTA, 4 IPTS dan 4 jemputan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kejohanan
ini mempertandingkan 3 kategori, iaitu Cup, Plate dan Bowl yang menawarkan
hadiah berbentuk trofi dan wang tunai. Pasukan JLJ Diraja muncul Johan kategori
Cup diikuti Naib Johan oleh pasukan UTM. Manakala bagi kategori Plate pula,
pasukan Orca TLDM menyandang gelaran Juara diikuti oleh pasukan UNIKL sebagai
Naib Johan. Bagi kategori Bowl pula, ianya dimenangi oleh pasukan KLiUC.
8) Mesyuarat MAPUM kali ke-43
4 - 5 Ogos / UPNM - Majlis Perumahan Universiti-universiti Malaysia (MAPUM) telah
memilih UPNM sebagai tuan rumah mesyuarat kali ke-43 bagi membincangkan isu-isu
semasa berkaitan pentadbiran asrama dan penginapan pelajar di kolej kediaman
IPTA. Ahli mesyuarat yang terdiri daripada 2 wakil setiap IPTA (masing-masing seorang
Pengetua dan Pengurus Asrama) telah diraikan dalam satu majlis makan malam di
Hotel Maluri, Cheras pada 4 Ogos lalu. Majlis turut dihadiri oleh Prof. Wan Mahzom
Ahmad Shah, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPNM sebelum disusuli Mesyuarat Pra-
MAPUM. Pada 5 Ogos pula bertempat di Bilik Mesyuarat Utama UPNM, mesyuarat
telah dipengerusikan oleh Nordin Jusoh, Dekan HEPA Universiti Sultan Zainal Abidin
untuk membincangkan tentang pengumpulan maklumat berkaitan dasar/polisi
penginapan pelajar di setiap IPTA, perancangan Konvensyen Pengetua Kolej dan
laporan Seminar Pembangunan Pelajar di Kolej Kediaman (SEPAKAT) oleh Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
9) Pelancaran Kempen
‘ Say No To Ragging’
5 Ogos / Masjid Al-Jazari, UPNM - Kempen ‘Say No To Ragging’ telah dilancarkan
oleh Lt Jeneral Dato’ Wira Allatif Mohd Noor, Naib Canselor UPNM bagi menangani
penularan budaya buli atau ragging dalam kalangan mahasiswa dan dalam masa
yang sama memberi peringatan kepada semua warga UPNM agar budaya itu tidak
berlaku di kampus ini. Kempen itu melibatkan pemasangan banner dan bunting di
sekitar kampus, edaran penanda buku kepada warga UPNMdan menyediakan peti-
peti cadangan dan aduan di beberapa lokasi sekitar kampus bagi membolehkan
aduan ragging dikumpul di peringkat awal.
10) Anugerah Pelajar Berprestasi 2010
6 Ogos / Dewan Bestari, UPNM - Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA)
memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang bergiat aktif di dalam aktiviti
kokurikulum sepanjang tahun 2009 dengan memperkenalkan Anugerah Pelajar
1...,31,32,33,34,35,36,37,38,39,40 42,43,44,45,46,47,48,49,50,51,...145
Powered by FlippingBook