L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
38
Sorotan Aktiviti MAHASISWA Sepanjang 2010
Aktiviti Utama Yang Memberi Impak
1) Pemilihan MPPUPNM Sesi 2009/2010
3 Februari / Dewan Pendekar UPNM - Setiap tahun, BHEPA telah mengadakan
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi memilih 13 orang wakil pelajar bagi
menganggotai barisan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPNM. Untuk sesi 2009/2010,
proses pemilihan ini telah diadakan pada 3 Februari di Dewan Pendekar bermula
jam 9.00 pagi sehingga 1 petang. Sebelum itu, proses penamaan dan pengumuman
calon yang layak bertanding telah berlangsung pada 28 Januari di Anjung Nautika,
Tingkat 1, Bangunan Bestari. Satu kursus khas untuk calon-calon MPP UPNM turut
diadakan di Pusat Marin, UPNM pada 29 Januari. Setelah selesainya kursus tersebut,
kempen secara tersusun dijalankan pada 2 Februari di Foyer Bangunan Bestari
sebelum ditutup pada jam 11 malam. Penjumlahan undi di Dewan Pendekar
disaksikan oleh calon, wakil calon dan para penyokong, diikuti proses penjumlahan
undi dan keputusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang diumumkan oleh TNC
(HEPA), Prof. Wan Mahzom Ahmad Shah.
2) Mahasiswa Bersama Masyarakat Bangi
19 - 21 Mac / Bandar Baru Bangi - Konsep keluarga angkat sebenarnya tidak hanya
tertumpu di kawasan kampung sahaja, sebaliknya ia juga boleh dilaksanakan di
kawasan bandar untuk memberikan kesan positif ke arah kesatuan komuniti. Hasrat
ini dijelmakan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya, HEPAUPNMdan Persatuan Penduduk
Seksyen 8, Fasa 2, Bandar Baru Bangi yang menjayakan program Mahasiswa
Bersama Masyarakat dan Karnival Mesra Mahasiswa & Penduduk. Acara kemuncak
program itu ialah penyerahan kembali 43 anak angkat kepada pihak Universiti yang
disempurnakan oleh TNC (HEPA) UPNM, Prof. Wan Mahzom Ahmad Shah diikuti
kenduri sekampung yang disertai masyarakat taman.
Penyelaras program, Sharizan Samad berkata penganjuran program itu ialah untuk
memperkenalkan konsep keluarga angkat di kawasan bandar. Program 3 hari itu
turut melibatkan agensi seperti Pusat Darah Negara, Jabatan Belia dan Sukan Hulu
Langat, SPRM, Suruhanjaya Pilihanraya Selangor, AADK Selangor, Jabatan Kesihatan
Hulu Langat, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Selangor, Gabungan Rakan Pelajar
dari Jabatan Perubatan PPUKM dan Kolej Komuniti Hulu Langat.
3) Majlis Pelancaran Sekretariat Pencegahan Rasuah UPNM
4 April / Dewan Bestari, UPNM - Sekretariat Pencegahan Rasuah UPNM yang dinaungi
oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilancarkan secara rasminya di
UPNM dengan penyerahan watikah pelantikan Jawatankuasa Tertinggi Sekretariat
Pencegahan Rasuah UPNM serta pelancaran Sekretariat oleh Penolong Pendaftar
HEPA, Mohd. Hafizi Ismail dan dihadiri oleh Penguasa SPRM Wilayah Persekutuan,
RamlanAhmad. Padamajlis itu jugadiumumkan keputusanpemenangPertandingan
Menulis Esei Rasuah 2010 yang merupakan pertandingan sulung anjuran SPR UPNM
bagi menarik minat warga UPNM ke arah pengamalan integriti dan menjauhkan
rasuah daripada elemen kehidupan.
Mahasiswa Berkualiti