Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 42

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
41
Mahasiswa Berkualiti
Berprestasi (APB). Acara yang dimulakan dengan persembahan pembukaan
tarian joget tradisional oleh Kumpulan Tari Waris UPNM telah dirasmikan oleh Naib
Canselor UPNM, Lt Jen Dato’ Wira Allatif Mohd Noor yang kemudiannya merasmikan
penubuhan Kumpulan Gamelan UPNM, Citra Nusantara. Hadiah pemenang
disampaikanolehNaibCanselor UPNMdanPenolongNaibCanselor Penyelidikandan
inovasi UPNM, Prof. Dr. Mokhtar Abdullah. Seramai 7 orang pelajar terbaik telah terpilih
untuk mengungguli kategori masing-masing iaitu Syaheer Saifudin (Kepimpinan);
Fadliyanshah Saipul (Sukarelawan); Nurul Ain Bakri (Kesenian); Muhammad Azfar Afifi
Azhar (Kerohanian); Wan Azizul Faiz Zulkifli (Pengucapan Awam); Ahmad Suhail Ozair
(Atlet Terbaik) dan Mohd Farid Ramli (Pengarah Program Terbaik). Bagi kategori
kumpulanpula, Sekretariat RakanMudadinobatkan Persatuan/ KelabAktifmanakala
Pasukan Terbaik disandang oleh pasukan Hoki. Setiap pemenang menerima wang
tunai dan piala iringan sebagai penghargaan atas kecemerlangan prestasi yang
ditonjolkan sepanjang tahun 2009.
11) Pelancaran Rasmi Kelab Gamelan UPNM - Citra Nusantara
6 Ogos / Dewan Bestari, UPNM - Kelab Gamelan Citra Nusantara, UPNM telah
ditubuhkan dengan rasminya pada 6 Ogos 2010 dengan majlis pelancarannya telah
disempurnakan oleh Lt Jeneral Dato’ Wira Allatif Mohd Noor, Naib Canselor UPNM.
Kelab yang dipimpin oleh Bapak Dwiono Hermantoro dan diketuai oleh Muhammad
Najib Yassin ditubuhkan sebagai satu langkah memupuk semangat cintakan warisan
kesenian tradisi negara serta membangunkan kemahiran insaniah pelajar. Peralatan
gamelan UPNM dari Surakarta, Jawa Tengah meliputi peralatan bonang, barung,
bonang penerus, demung, saron, peking, slentem, gambang, kenong, kempul, gong
dan kendang, mampu memainkan pelbagai rentak lagu seperti lagu Gamelan
Melayu, Gamelan Jawa, Gamelan Sunda dan gamelan gubahan lain. Kumpulan
Gamelan Citra Nusantara UPNM kini mempunyai 15 orang ahli yang mempunyai
kemahiran dalam memainkan peralatan masing-masing dan mampu memainkan
lagu-Iagu asas gamelan dengan baik seperti Kunang-Kunang, Tudung Periuk dan
Cemburu (Gila Talak).
1...,32,33,34,35,36,37,38,39,40,41 43,44,45,46,47,48,49,50,51,52,...145
Powered by FlippingBook